berita

Isu Hijab – Selepas 5 Bulan Berhijrah, Mizz Nina Kini Jadi Tumpuan Media Antarabangsa

February 25th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen-Shot-2013-11-11-at-12.38.34-AM

Perubahan mendadak penyanyi urban Mizz Nina mencuri tumpuan khalayak apabila dia mula tampil dengan imej bertudung sekembalinya dari menunaikan ibadah Haji.

Berita penghijrahannya bukanlah satu perkara baru kerana rata-rata peminat sudah melihat sendiri foto-foto yang dimuatnaik oleh Mizz Nina di laman Instagram miliknya.

Terbaru, Mizz Nina turut berkongsi pengalamannya bertudung dalam sebuah rancangan bertaraf antarabangsa iaitu The Deen Show.

Mizz Nina

Sebelum mengambil keputusan berhijab, Mizz Nina sememangnya terkenal dengan imej yang seksi dan sentiasa lincah diatas pentas serta pernah berkolaborasi dengan artis-artis antarabangsa seperti Flo Rida dan Colby O’ Donis.

Namun, semuanya berubah sekembalinya dia dari Mekah. Kini, bukan saja di Malaysia, malah satu dunia sudah mengetahui perubahan yang dilakukan oleh penyanyi yang pernah popular dengan lagu ‘What You Waiting For’ ini.

Berkongsi pengalamannya, puteri hip-hop Malaysia ini mengakui sebelum berhijab, dia selalu merasakan seperti ada sesuatu yang hilang dalam dirinya.

Tambahan pula, selepas pemergian abangnya beberapa tahun lalu, ia memberikan tamparan yang amat hebat sehingga membuka hatinya untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Saya percaya, jika Allah mengambil sesuatu yang kamu sayang, ia mununjukkan Dia sedang menguji kita, dan itu tandanya Dia sayang pada kita.

Selepas abang saya meninggal dunia, ia seakan-akan menjadi titik permulaan bagi saya untuk berubah, ditambah pula mendapat suami yang cukup sempurna dan banyak membimbing saya mendalami Islam.

Saya mengambil keputusan untuk mengubah kehidupan saya kerana sejak dari mula saya hanya mengejar dunia, dan sekarang sudah sampai masanya untuk saya merubah kehidupan lebih baik hingga ke Jannah, InsyaAllah.

Menerusi laman Youtube rasmi rancangan itu, Mizz Nina turut menerima respon baik dari peminatnya yang gembira akan perubahan yang dibawa.

Mizz Nina

Untuk pengetahuan, program The Deen Show merupakan program berbentuk ilmiah dari Amerika Syarikat yang berkongsi mesej berunsurkan Islam.

Sehingga kini, rancangan ini sudah mempunyai lebih daripada 45 ribu subscriber dan video temubual Mizz Nina ini sudah mencapai sebanyak 22,850 penonton.

Apa-apa pun, mari kita lihat dulu temubual Mizz Nina dalam The Deen Show minggu lepas.

SKIP THIS AD ×