berita

Isu Ini Tidak Benar – Miera Liyana

June 14th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Miera Liyana

Sebelum ini, timbul gosip-gosip ringan mengatakan seorang pengacara sebuah rancangan hiburan tempatan telah disingkirkan kerana tidak mampu memberikan yang terbaik dalam tugasannya.

Khabar angin ini tersebar cepat dan akhirnya, Miera Liyana menerusi portal Gua telah menjawab segala spekulasi yang tersebar.

“Isu ini tidak benar kerana saya bukan disingkirkan tapi kontrak saya selama lima bulan bersama Hip TV sudah tamat. Orang boleh cakap macam-macam tapi mereka kena tahu pengacaraan merupakan satu bidang baru buat saya dan saya sendiri bukan dilahirkan sebagai seorang pengacara.”

Screen Shot 2013-06-14 at 9.23.30 AM

Miera Liyana dan Kamal Adli digandingkan sebagai pengacara Hip TV

Selain menafikan dirinya disingkirkan dari Hip TV, Miera turut menjelaskan bahawa dia awal-awal lagi sudah memberitahu pihak yang berkenaan bahawa dia hanya boleh berikan setakat yang termampu sahaja.

“Sewaktu awal-awal mereka mahu mengambil saya, saya dah beritahu yang saya seorang pelakon dan bukannya hos. Saya hanya boleh bagi apa yang termampu dan tak janji boleh memuaskan hati mereka.”

Walau dituduh sebagai punca rating rancangan tersebut jatuh, Miera yang sudah pun menamatkan kontrak lima bulannya bersama Hip TV tidak berputus asa dan tetap akan cuba menerima mana-mana tawaran dalam bidang pengacaraan selepas ini.

“Saya dah lakukan yang terbaik untuk program ini. Apapun, saya seronok buat Hip TV dan tak serik untuk mengacara andai ada tawaran lagi selepas ini.”

SKIP THIS AD ×