berita

Isu Jawi, NGO Arah Syed Saddiq Tarik Balik Gelaran ‘Bodoh Sombong’ Atau Berdepan Tindakan Mahkamah

August 27th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Perdebatan mengenai pelaksanaan tulisan jawi di sekolah-sekolah seluruh Malaysia nampaknya masih belum reda. Isu itu lebih hangat apabila Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyelar sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan perkataan ‘bodoh sombong’ selepas berhasrat menyekat anak mereka ke sekolah jika ia dilaksanakan.

Ekoran daripada kenyataan ‘kontroversi’ tersebut,  NGOnya iaitu Gabungan Seni Khat Action Team (Sekat) mengarahkan Menteri Belia dan Sukan itu supaya menarik balik kenyataan berkenaan dengan segera.

Tarik balik dalam tempoh 48 jam

Menerusi laporan Free Malaysia Today, menteri itu perlu menarik semula perkataan ‘bodoh sombong’ yang ditulis di laman Twitternya baru-baru ini dalam tempoh 48 jam.

Setiausaha Sekat, Arun Dorasamy berkata gabungan itu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Syed Saddiq jika beliau gagal menarik balik perkataan itu.

Kami juga akan memegang Syed Saddiq bertanggungjawab terhadap sebarang serangan laman sosial oleh ‘cybertrooper’ beliau dan apa-apa ‘backlash’ berbau perkauman susulan daripada drama fitnah beliau ini.

Seolah-olah kami ‘anti Jawi’

Arun berkata kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Muar itu juga menggambarkan mereka seolah-seolah seperti sebuah gabungan yang ‘anti Jawi’.

Katanya, Sekat hanya menyeru Kementerian Pendidikan untuk mengangguhkan pelaksanaan Jawi di sekolah-sekolah dan mahu berdialog dengan golongan berkepentingan.

Tak Wajar

Dia menambah, cadangan untuk memberikan kelonggaran pilihan untuk sekolah jenis kebangsaan juga adalah tidak wajar.

Ribuan lagi anak-anak kaum India, Cina, Kadazan, Iban, Murut, Dusun, Orang Asli dan lain-lain Bumiputera bukan Islam belajar di sekolah-sekolah rendah (kebangsaan).

Arun kemudian turut mengajak Syed Saddiq untuk berdebat tentang isu itu bersama Sekat tanpa sebarang syarat.

Media sebelum ini melaporkan 24 organisasi bukan kerajaan (NGO) menggesa Kementerian Pendidikan untuk menangguhkan pelajaran Jawi atau khat kepada murid sekolah vernakular sehingga mendapat jawapan yang jelas mengenai masalah itu.

Sumber: Free Malaysia Today, The Malaysian Insight

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×