berita

Isu Kontrak RM2 Juta, Zizan Razak Terima Kerana Mahu Berkahwin?

May 15th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Zizan-Razak

Sejak beberapa minggu lepas, nama Zizan Razak menjadi bualan apabila pelakon dan pengacara popular itu dikatakan mahu keluar daripada syarikat pengurusan Wire Fame Entertainment yang dimiliki olehnya dan Marina Juki.

Pengunduran Zizan itu dipercayai kerana Astro menawarkan kontrak berjumlah RM2 juta seperti yang diusik oleh Nabil sewaktu di parti H! Live tempoh hari.

Bagaimanapun, Zizan masih belum memberikan kenyataan atau mengesahkan jumlah sebenar kontrak berkenaan sehinggalah satu sidang media khas akan diadakan berhubung perkara itu.

Red Carpet  Majlis Pelancaran Parti Hiburan h live-25

Zizan beritahu mahu berkahwin pada Januari 2015

Namun begitu, Zizan sempat memberitahu bahawa tawaran yang diberikan oleh pihak Astro memang agak tinggi.

Dalam pada itu, timbul pula spekulasi nakal yang mengatakan Zizan menerima tawaran mahal itu kerana mahu mempersiapkan diri membina sebuah keluarga baru atau dalam bahasa mudahnya, berkahwin.

Al-maklumlah, kos perkahwinan sekarang ini bukannya sedikit. Jadi, tak salah kiranya Zizan merebut peluang yang ada untuk kesenangan masa depan dan orang yang disayangi.

Spekulasi itu diperkuatkan lagi apabila Zizan sendiri pernah mengeluarkan kenyataan mahu berkahwin dengan kekasihnya, Emma Maembong pada bulan Januari 2015 seperti yang dirancang sebelum ini.

Jika betul apa yang dikatakan, kami harap niat murni Zizan untuk mendirikan rumahtangga dipermudahkan dan semoga kerjaya seninya semakin berkembang.

SKIP THIS AD ×