berita

Isu Neelofa Didakwa Tiru Design Tudung : Ini Keterangan Pemilik Bersama Sastra Hijabs

September 25th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-09-24 at 6.10.54 PM

Panass.. Panass.. pagi-pagi kami dah dengar berita kurang enak mengenai pengacara dan aktres popular, Neelofa. Semalam, kecoh dunia hiburan kerana Neelofa dikatakan telah meniru satu rekaan tudung milik Sastra Hijabs.

Ceritanya begini, semalam, Neelofa telah memuat naik sebuah tutorial tudung untuk menggayakan cara pemakaian tudung rekaan syarikatnya.

Secara tiba-tiba, Instagram Neelofa dipenuhi dengan komen individu-individu yang mendakwa rekaan tudung berkenaan adalah milik pihaknya. Jadi, kami pun cuba hubungai pemilik Satra Hijabs untuk mendapatkan penjelasan.

IMG-20140924-WA0026

Rekaan tudung Satrahijabs yang dikatakan ditiru oleh Neelofa

Kalau korang nak tahu, pemilik bersama syarikat berkenaan berkata mereka ingin menuntut penjelasan Neelofa berhubung perkara ini kerana ia membabitkan periuk nasi mereka.

Bagi kami apa yang Neelofa buat itu tak benar. Kami dah start ni lama dah hampir setahun lebih dah. Bagi kami benda yang Neelofa buat tu tak betul.

Bila kami komen, dia delete dan block kami dari IG. Kalau dia dipihak yang benar, kenapa dia padam semua komen kami? Gambar sama dari segi design, material memang semuanya sama.

Screen Shot 2014-09-24 at 6.16.53 PM

Screen Shot 2014-09-24 at 6.17.32 PM

Screen Shot 2014-09-24 at 6.26.21 PM

Sebenarnya ada ahli keluarga Neelofa yang datang ke kedai kami di Sabah dan membeli tudung ini, perkara ini diberitahu oleh dealer kami disana. Kalau lihat pada tutorial yang diberi, memang sama. Stokis yang menjual Neelofarhijab pun ada yang buat tutorial penggayaan tudung sama seperti kami.

Bayangkan idea, usaha, penat lelah kami buat benda tu, tiba-tiba ada orang mengaku founder, kami orang biasa, dia artis..jadi dialah kononnya founder dan kami dilabel sebagai penciplak pula. Ini usaha kami. Kami tak puas hati kerana kami pun berniaga. Perbuatan ni dari segi moral salah. Kami memang berdaftar dengan SSM cuma tak patternkan lagi kerana kos yang mahal dan ambil masa.

Haaa, itulah penjelasan dari pihak Sastra Hijabs, kami pun pelik juga bagaimana rekaan tudung mereka sama. Foto-foto yang ditunjukkan kepada kami pun lebih kurang je rupanya dengan tudung Neelofa. Tak Percaya? Lihat ni:

Screen Shot 2014-09-24 at 6.25.01 PM

Apapun, kami harap pihak Neelofa dapat menjelaskan perkara ini secepat mungkin. Maklumlah, bab-bab rekaan tudung ni tak boleh buat main. Betul tak?

Kredit Foto : Instagram Neelofa

SKIP THIS AD ×