Foto: TUDM
Semalam, media melaporkan pihak Tentera Udara Malaysia (TUDM) berjaya mengesan penerbangan mencurigakan melibatkan 16 buah pesawat Tentera Udara Republik China (PLAAF) yang bertindak memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR) pada 31 Mei yang lalu.
Artikel Berkaitan: 16 Pesawat China Masuk Ruang Udara Malaysia, ‘Ingkar’ Arahan Hubungi Pusat Kawalan Trafik Udara
Susulan daripada itu, Kementerian Luar akan mengeluarkan nota bantahan diplomatik kepada kerajaan China atas pencerobohan yang berlaku di ruang udara Malaysia.
Panggil untuk beri penjelasan
Foto: Hishammuddin Hussein
Ujar Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi satu kenyataan menjelaskan pihaknya akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia bagi memberikan penjelasan mengenai insiden itu.
Kementerian ini juga akan memanggil Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia bagi memberikan penjelasan mengenai pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia oleh 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China ini.
Pada masa yang sama, beliau turut menzahirkan rasa kerisauan terhadap pencerobohan yang berlaku kepada rakan sejawatnya di China.
Pendirian Malaysia sangat jelas. Mempunyai hubungan diplomatik yang mesra dengan mana-mana negara tidak sekali kali bermaksud bahawa kita akan kompromi tentang keselamatan negara kita. Malaysia tetap teguh mempertahankan maruah dan kedaulatan kita.
Sumber: Hishammuddin Hussein