Pening kepala juga bila nak buat follow up cerita panas mengenai pergolakan rumahtangga Awie dan Rozana ni. Macam-macam cerita yang kami dengar sampaikan kami pun jadi keliru.
Buat mereka yang ketinggalan, kami semalam dah pun update artikel mengenai luahan hati Rozana Misbun yang memberitahu bahawa dia dilarang berjumpa anaknya. Dalam laporan yang sama, Rozana juga dikatakan masih lagi sakit akibat dipukul oleh Awie.
Artikel Berkaitan: Harap Raya Ni Dapat Jumpa, Mummy Miss You All Sangat – Ini Luahan Hati Isteri Awie Yang Dihalang Jumpa Anak-Anaknya
Namun, seorang individu yang mendakwa bahawa dirinya merupakan sahabat baik kepada Awie dan Rozana membuat pendedahan mengejutkan mengenai kes ini menerusi laman Instagramnya.
Antara screenshot yang dimuat naik dalam laman Instagramnya
Menggunakan nama mygothsoul, individu itu menampilkan beberapa keping foto yang didakwa merupakan perbualannya dengan Rozana.
Malah, mygothsoul ini juga mengikut perkembangan kes pukul Rozana itu dan membuat penjelasan panjang lebar kepada artikel yang diterbitkan oleh sebuah portal hiburan.
Antara komen daripada mygothsoul mengenai kes pukul Awie-Rozana
Daripada apa yang kami baca, dapat disimpulkan bahawa individu ini mahu membuktikan bahawa Rozana adalah seorang penipu dan sengaja memperbesarkan kes pukul tersebut supaya dapat menyembunyikan sikap sebenarnya yang boros berbelanja.
Kami pun tidak pasti dengan kesahihan cerita ini. Siapa kita untuk menjatuhkan hukum kepada mereka kan? Apapun, biarlah pihak mahkamah yang menyelesaikan kes ini.
Sumber: Instagram mygothsoul