berita

Isu Takut Mati, Dr Zulkifli Pertahan Dr Noor Hisham

November 12th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam kecoh di Dewan Rakyat apabila ahli Parlimen Bintulu, Dato Seri Tiong King Sing mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan, menyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham ‘takut mati’. Tidak berakhir di situ, beliau turut mempersoalkan kredibiliti Dr Hisham yang seolah-olah ‘melepaskan’ diri ketika pandemik Covid-19 menunjukkan peningkatan.

Artikel Berkaitan: Dakwa Dr Noor Hisham Takut Mati , Kenyataan ‘Panas’ Ahli Parlimen Bintulu Bikin Dewan Rakyat Kecoh

Terbaru, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tampil memberikan respon terhadap isu terbabit.

Sudah buat yang terbaik

Foto : Dr Hisham

KP Kesihatan sudah buat yang terbaik, sesuai dengan posisi beliau. Jawapan beliau terhadap kenyataan tersebut dalam sesi sidang media petang tadi pun sudah padat dan memadai. Saya cuma ingin menambah beberapa noktah penting, sebagai kefahaman semua yang membaca dan mengikut isu ini.

KP Kesihatan adalah antara individu terpenting dalam usaha memerangi pandemik COVID-19. Saya yakin, kita semua bersetuju bahawa beliau perlu kekal sihat, bersemangat dan terus berjuang bersama-sama semua barisan hadapan demi maslahah Negara.

Saya teringat sebuah kisah berkaitan Sahabat Nabi SAW, Abu Ayyub al-Ansari radhiallahu ‘anhu. Diriwayatkan ketika tentera Muslim berperang dalam rangka menawan kota Konstantinopel, mereka berhadapan dengan jumlah tentera Rom yang amat ramai.

Jelas beliau, Dr Hisham merupakan individu penting dalam negara dan sudah melakukan yang terbaik untuk negara daripada ancaman Covid-19. Beliau turut menjelaskan, Dr Hisham perlu kekal sihat dan bersemangat dalam melawan virus yang semakin meningkat akhir-akhir ini.

Tidak berakhir di situ, beliau turut menceritakan satu kisah yang terjadi pada Sahabat Nabi S.A.W. berperang dengan musuh dan berisiko tinggi untuk tewas di medan perang.

Kisah pegangan hidup

Gambar sekadar hiasan

Ada dalam kalangan tentera Muslim itu, seorang pahlawan yang menawarkan diri untuk menyusup masuk bersendirian dalam pasukan tentera Rom walaupun akibatnya yang bakal diterima pasti dia dibunuh. Lalu orang ramai mengatakan, “Kenapa sanggup membinasakan diri? Tidakkah Allah mengatakan dalam Al Quran, “Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan?”

Kebetulan Abu Ayyub al-Ansari yang menjangkau 80 tahun pada ketika itu (juga termasuk dalam tentera Musllim), terdengar ayat al-Qur’an itu digunakan untuk menghalang pahlawan tersebut. Beliau berang dan membalas dengan menyatakan bahawa ayat itu diturunkan sebagai teguran kepada golongan Ansar yang segelintirnya mula berfikir-fikir untuk meninggalkan jihad dan balik ke kampung halaman untuk bercucuk tanam dan mengumpul harta. Ini kerana telah banyak siri kemenangan Islam dalam peperangan yang dilalui.

Lalu turunlah peringatan Allah SWT: “Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan…” (Surah Al-Baqarah: 195) Kisah ini sentiasa tersemat di hati saya dan menjadi pegangan hidup saya. Sekali kita berjuang, menegakkan prinsip dan kebenaran, apatah lagi perjuangan untuk keselamatan dan keamanan Negara, kita tidak akan berundur!

Menerusi kisah tersebut, beliau menceritakan semangat seorang pahlawan perang yang ketika itu sudah berumur 80 tahun, tapi masih kuat untuk berperang. Kisah tersebut telah menjadi pegangan Dr Zulkifli, dan menyatakan beliau sesekali tidak akan berundur dalam memperjuangkan keselamatan dan keamanan negara. Semangat yang dimiliki oleh para Sahabat sepatutnya menjadi ikutan setiap orang.

Tidak timbul isu

Gambar sekadar hiasan

Saya percaya, itulah semangat KP Kesihatan, jua seluruh barisan hadapan. Tak ada apa-apa yang boleh mengganggu fokus kita dalam usaha ini. Justeru, tidak timbul isu “takut mati”.

Konsep kematian dalam Islam amat mudah. Kami yakin kematian akan menjengah bila-bila masa. Hanya Allah SWT sahaja yang Hidup Kekal dan tidak mati. Hanya Dia Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa Yang Kekal Abadi. Muslim tidak takut mati tetapi kami sentiasa digalakkan untuk mengingati mati.

Apa yang kami risau dan takutkan adalah, adakah amalan kami cukup untuk menjadi bekalan bertemu Pencipta kita semua di alam sana?

Dr Zulkifli juga percaya Dr Noor Hisham dan barisan frontliners mempunyai semangat juang yang tinggi dalam melandaikan semula kes Covid-19. Dalam Islam, konsep kematian adalah mudah dan kematian tidak mengira umur dan seseorang itu boleh dijemput bila-bila sahaja.

Di akhir posting tersebut, beliau sempat berpesan supaya menjadi insan yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.

Sumber: Dr. Zulkifli

SKIP THIS AD ×