berita

Isu Tengking Peminat, Jep Sepahtu Dakwa Difitnah

April 3rd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-04-03 at 2.15.27 PM

Baru-baru ini, pelawak yang semakin mendapat tempat dihati peminat, Jep Sepahtu dihimpit kontroversi kononnya dia memaki seorang peminat gara-gara ingin bergambar.

Peminat tersebut mendakwa Jep telah melemparkan kata-kata yang tak sedap didengar ditengah orang ramai ketika perlawanan bola sepak yang membabitkan ‘Super Lawak FC‘ pada 23 Mac lalu.

Enggan berdiam mengenai perkara itu, Jep telah memuat naik sekeping foto melalui laman Instagram miliknya dan mendakwa berita tersebut tidak benar.

Jep

Malah, caption yang ditulis jelas menunjukkan Jep mengakui dirinya difitnah dan menganggap ini adalah ujian yang amat hebat baginya.

Jep turut memberitahu peminat adalah tunjang utama kerjayanya dan bersyukur mempunyai peminat yang menyokong kerjayanya selama ini.

Selain itu, Jep turut menerima kata-kata semangat dari peminat yang tidak percaya dengan gosip tersebut dan menganggapnya ianya sekadar khabar angin tanpa asas.

Nampaknya, semakin hari semakin banyak pula kontoversi membabitkan nama Jep ini. Apapun, Jep beruntung kerana masih mempunyai peminat yang tak putus-putus menasihatinya supaya bersabar.

SKIP THIS AD ×