Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir manusia yang tidak bersyukur menerima duit raya.
Artikel berkaitan: ‘Adik Beradik Semua Beraya Di Rumah Mentua’ – Uyaina Arshad Sambut Hari Raya Aidilfitri Dengan Keluarga Kecil
Artikel berkaitan: ‘Saya Akan Buat Video Tentang Isu Yang Bagi Informasi & Fakta’ – Uyaina Arshad
Belajar untuk bersyukur
Menerusi hantaran di Instagram Stories, pengacara Wanita Hari Ini berkongsi semula puatan tajuk berita yang mengatakan seorang bapa terkejut anak terima duit raya sebanyak RM3.
Menurut Uyaina, walaupun sedikit jumlah duit raya namun tetap perlu diterima dan bersyukur.
‘Dapat seposen sekali pun, terima dan bersyukurlah.
Katanya lagi, pemberian duit raya itu terpulang kepada kemampuan seseorang untuk memberi mahupun tidak.
Duit raya diberi mengikut kemampuan. Kalau orang tu tak bagi sekali pun, tak berdosa.
Ikut suka hati dia lah nak bagi ke tak. Dan ikut suka hati dia lah nak bagi berapa pun.
Jangan buat teruk please. Terpaling entitled.
Sumber: Instagram