berita

Isu Tweet Tak ‘Senonoh’ Di Twitter SKMM, KKMM Bakal Ambil Tindakan Tegas

January 14th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sejak semalam, akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dikecam netizen sehinggakan akaun tersebut terpaksa ditutup. Difahamkan akaun rasmi tersebut didakwa dibeli daripada seorang remaja berusia 15 tahun pada tujuh tahun lalu.

Artikel berkaitan: ‘Jangan Percaya Tweet Jelik’ – Didakwa Beli Akaun Twitter, Ini Respon SKMM

Terbaru, menerusi satu kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah memberitahu bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak berkenaan isu yang dikaitkan dengan akaun rasmi Twitter Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Bertindak secara telus

Menurut Saifuddin, Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan bertindak secara telus dalam menangani isu yang belaku dan sekiranya didapati berlakunya kesalahan, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab, tidak kira sama ada mereka masih lagi berkhidmat di agensi ataupun tidak.

Saya memandang serius isu tular mengenai ciapan tidak senonoh pada tahun 2014, yang dikaitkan dengan akaun rasmi Twitter MCMC (SKMM).  Saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh daripada semua sudut, termasuk tatacara pengendalian akaun Twitter berkenaan.

Akaun Twitter rasmi MCMC digantung buat sementara waktu  berikutan diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti dihebohkan semalam.

Kenyataan media

Sumber: Kementerian Komunikasi dan Multimedia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×