berita

Isu Wanita Malaysia Kahwin Warga India, Sultan Johor Gesa Orang Ramai Jangan Cepat Menghukum

December 21st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Isu mengenai majlis perkahwinan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar dengan kekasihnya, Illi Najwa Saddique dari Malaysia ternyata menjadi perhatian umum. Ini kerana, majlis yang diadakan di India itu didakwa bercanggah dengan ajaran Islam. Susulan daripada itu, wanita tersebut telah tampil mohon maaf.

Artikel berkaitan: Didakwa Buat Majlis Bercanggah Dengan Ajaran Islam, Illi Najwa Bakal Dipanggil Menteri Agama

Terbaru, Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Iskandar telah memuat naik satu kenyataan media di media sosial berhubung isu perkahwinan pasangan tersebut.

Memelihara kedudukan agama Islam

Memelihara kedudukan agama Islam agar sentiasa terpelihara dan dipandang mulia selari dengan kedudukan agama Islam sebagai agama Negeri Johor dalam Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan adalah keutamaan kita di negeri Johor Darul Ta’zim. Sebagai Ketua Agama Islam Negeri Johor, saya sentiasa memastikan kehidupan rakyat Bangsa Johor dan mereka yang berasal dari negeri ini akan dipayungi oleh peruntukan undang-undang yang mana Islam adalah paksi yang menjadi tiang seri kepada kehidupan kita bernegeri. Agama Islam perlu berada ditempat yang tinggi dan ketertinggiannya ibarat cahaya yang menerangi kehidupan umat Islam di negara kita.

Menurut kenyataan media tersebut, baginda berasa dukacita apabila terdapat berita yang bertebaran di media berkaitan seorang wanita bangsa Johor yang dikatakan telah melangsungkan pernikahan yang tidak berdasarkan Hukum Syara’ di India. Baginda juga telah menitahkan agar semua usaha yang perlu, dibuat oleh Pihak berkuasa Agama Islam Negeri Johor untuk memastikan keabsahan terkini status wanita tersebut sama ada melalui ahli keluarganya dan juga menerusi Kedutaan di India. Di samping itu, baginda juga percaya bahawa semua pihak akan dapat memastikan kesahihan berita tersebut dalam tempoh terdekat.

Tidak membuat sebarang kesimpulan

Sementara itu, baginda turut menasihatkan agar semua pihak untuk tidak membuat apa-apa kesimpulan dan tindakan pra matang dalam menangani berita ini. Tambah baginda, wanita tersebut sedang melalui satu proses penghakiman melalui platform media sedangkan beliau tidak mengisytiharkan bahawa beliau ingin keluar dari agama Islam. Baginda juga bertitah jika kita tergesa-gesa dalam tindakan menghukum wanita tersebut, maka kita akan membina tembok yang tinggi untuk beliau kembali semula ke negara kita dan menjarakkan lagi jurang antara keluarganya di Malaysia dan beliau di India.

Baginda juga menitipkan nasihat buat wanita yang berasal dari Johor tersebut bahawa dalam membuat sesuatu keputusan pastikan tindakannya adalah suatu tindakan yang direstui oleh ibu bapa dan tidak melanggar norma-norma yang ditetapkan agama Islam. Baginda juga yakin pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Mufti Negeri Johor akan memberikaan semua bantuan yang perlu kepada wanita tersebut bagi mengekalkan akidah wanita ini dalam lingkungan syariat Islam.

Sumber: Sultan Ibrahim

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×