Aktres terkenal Jessica Alba merupakan seorang selebriti yang sangat teliti dalam penjagaan kecantikan wajahnya. Oleh itu, aktor ini akan sering membawa keperluan peribadi yang lengkap ketika beliau pergi melancong.
Berikut merupakan beberapa item wajib, yang perlu dibawa oleh Jessica Alba ketika melancong:
Set Pakaian Yang Selesa
Menurut Jessica Alba, ketika melancong beliau akan memilih pakaian yang kelihatan versatile dan selesa, seperti blazer, t-shirt , skinny jeans dan kasut flat. Jessica turut akan membawa stokin dan selipar, kerana menurutnya stokin amat sesuai untuk dipakai ketika cuaca sejuk.
Set Bag Mekap
Jessica ingin penampilannya sentiasa kelihatan segar dan kemas. Oleh itu, dia akan pastikan tidak terlupa untuk membawa set bag mekap yang mengandungi mini solekan seperti bedak asas, maskara, pemerah pipi, serta pelembap bibir.
Hand Sanitizer
Aktor wanita ini sering membawa hand sanitizer ke mana-mana sahaja bagi mencegah dirinya daripada dijangkiti kuman ataupun virus. Menurut Jessica, kuman dan virus boleh berada di mana-mana sahaja, oleh itu sebagai pencegahan awal beliau akan menggunakan hand sanitizer bagi terhindar daripada sebarang penyakit.
Discovery Kit
Discovery Kit merupakan set lengkap barangan asas seperti sabun, pencuci muka dan pencuci mulut seperti Listerine. Saiznya yang kecil dan amat sesuai untuk mereka yang suka melancong, membuatkan item ini amat penting bagi Jessica.
Krim Perlindungan Matahari
Menurut aktor wanita ini, beliau gemar menghabiskan waktu diluar terutama sekali ketika bercuti. Menurutnya dengan penyapuan krim perlindungan matahari, ia mampu melindungi kulitnya daripada menjadi gelap dan kusam.