berita

‘It’s Not My Work, It’s My Passion’ – Muat Naik Foto Helikopter, Posting Mangsa Nahas Bikin Sebak

November 9th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Dua lelaki disahkan maut dalam nahas membabitkan dua helikopter yang didakwa bertembung di udara sebelum terhempas.

Artikel berkaitan: ‘Tiada Siapa Boleh Tengok Jenazah’ -Abang Mangsa Nahas Helikopter Terhempas

Orang ramai yang turut bersimpati dengan kejadian meluahkan ucapan takziah di laman sosial mangsa nahas. Malah, salah seorang mangsa, Allahyarham Mohd Irfan Fikri dikatakan sempat berbalas komen buat kali terakhir berkaitan penerbangan yang akan dilakukannya.

Berbalas komen dengan bapa


Ketika ditanya mengenai destinasi penerbangan, Allahyarham memberitahu dia akan ke Karak untuk membuat tinjauan berkaitan kerja. Bapanya sempat berpesan supaya berhati-hati berikutan angin ribut kebelakangan ini.

Allahyarham juga ada bergurau dengan rakan berharap supaya helikopter mereka tidak bertembung.

‘It’s not my work, it’s my passion’

Kira-kira tiga minggu lalu, Allahyarham ada memuatnaik beberapa keping foto dan video menunjukkan helikopter 9M-HCB berwarna biru dan 9M-HCA berwarna merah. Di bahagian kapsyen, Allahyarham ada menulis penerbangan ini sebagai hobi dan minatnya yang mendalam.

Sumber: Irfan F. Rawi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×