berita

‘Itu Adalah Cara Tuhan Menegur…’ – Sufian Nafi Putus Tunang ‘Balasan’ Tinggalkan Kekasih Demi Elfira

March 14th, 2018 | by faris
Kini Trending

Setelah berita putus tunang menjadi buah mulut hangat di media sosial, kemunculan teaser untuk single terbaru Sufian Suhaimi, Di Matamu menjadi sebutan dan buah mulut netizen. Ramai yang beranggapan lagu berkenaan berkait dengan apa yang terjadi kepada dirinya secara peribadi.

Namun, adakah benar lagu berkenaan dibuat setelah insiden pahit itu atau hanya kebetulan semata-mata? Ada juga cakap-cakap mengatakan terputusnya hubungan mereka itu adalah ‘balasan’ untuk Sufian kerana meninggalkan kekasih hati sebelum Elfira, betul ke?

Bukan balasan tinggalkan kekasih sebelum ini

Sufian dan Elfira putus tunang secara rasmi dan mengikut adat apabila keluarga Elfira sendiri bertandang ke rumah penyanyi itu untuk memulangkan cincin tanda pada 18 Februari lalu. Sufian juga menolak apa yang terjadi sebagai balasan kesilapannya dalam hubungan cinta sebelum Elfira.

Bagi saya, apa yang dilalui itu adalah cara Tuhan menegur dan beri peringatan kepada saya. Bahkan, pada masa sama saya juga yakin ada hikmah yang baik buat saya nanti.

Tak guna isu putus tunang promosi lagu

Sufian membuat kenyataan kepada Harian Metro mengatakan dia menyangkal dakwaan dia menjadikan kemelut yang melanda sebagai salah satu cara mempopularkan lagu terbarunya itu.

Saya menafikan dakwaan yang mengatakan saya terus menggunakan isu peribadi untuk mempromosikan single baru, Di Matamu yang akan dilancar pada 23 Mac ini.

Hentikan tanya soal putus tunang

Dalam pada itu, Sufian juga berharap pihak wartawan tidak lagi bertanyakan mengenai terlerainya ikatannya dengan Elfira Loy. Dia juga memohon maaf dan berharap tiada khabar angin disebarkan mengenai mereka berkenaan isu itu.

Saya harap tidak ada lagi pertanyaan daripada media mengenai isu putus tunang yang sudah berlalu itu.

Tolong hentikannya, apapun, saya mohon maaf. Saya juga mengharapkan tiada spekulasi lain ditimbulkan mana-mana pihak berhubung isu ini lagi.

 

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×