Sejak keretakan hubungannya bersama pelakon Anne Ngasri, Aliff Aziz pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pengalaman yang lalu telah banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi soal cinta dengan khalayak.
Namun bagitu pada minggu lalu Aliff Aziz telah memuat naik fotonya bersama penyanyi Adira dengan caption berbunyi “Dinner with Her” dan “Say what??.”
Foto tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi dikalangan peminat dan berhubung isu tersebut, hari ini di laman Kosmo Online! Aliff Aziz telah tampil untuk menjelaskan segalanya.
Sebenarnya gambar-gambar saya dan Adira yang dimuat naik ke dalam Instagram itu bukanlah gambar yang tertulis I Love You, jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk.
Itu sekadar gambar bersama orang yang paling rapat dengan saya. Saya sedar tindakan saya itu telah menimbulkan banyak spekulasi dan saya tidak salahkan sesiapa.
Memang Adira merupakan rakan dan teman yang paling rapat dengan saya. Kami mula rapat selepas saya pulih daripada kekecewaan dan membuat kemunculan semula.
Waktu keluarga saya berada jauh di Singapura, dia merupakan teman yang paling banyak membantu menguatkan semangat saya dari segi mental.
Sumber : Kosmo