Seorang wanita bernama Nurliyana Abdul, 28, tidak menyangka permintaan suaminya yang ingin makan masakan kari terung yang dimasaknya merupakan petanda suaminya akan pergi buat selamanya.
Artikel Berkaitan: Tragedi Nahas 5 Beranak, Suami Reda – ‘Terima Kasih Allah Untuk Tempoh 24 tahun Hidup Bersama Mereka’
Bukan makanan kesukaan
Memetik laporan Harian Metro, Nurliyana mengakui berasa pelik dengan permintaaan arwah suaminya yang mahu makan masakan tersebut kerana ia bukanlah makanan yang digemarinya.
Difahamkan, suami kepada Nurliyana, Allahyarham Lans Koperal Mohd Azwan Shaluzi maut bersama pegawainya selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 48 Jalan Teluk Intan-Klang dekat Sabak Bernam Rabu yang lalu.
Arwah suami ada menghubungi saya sebelum kejadian dan bertanya saya masak atau tidak kerana dia sudah dalam perjalanan pulang.
Saya pelik kerana itu bukan makanan kegemarannya, sebab saya sangkakan dia akan pulang ke rumah pada hari ini (semalam), tetapi dia menghubungi saya dan memaklumkan akan pulang semalam (kelmarin) sebelum kemalangan berlaku.
Ketika menghubungi saya, dia (arwah) tidak mengadu penat atau sebagainya, cuma nak makan masakan saya dan mahu saya masak telur bersama ikan masin.
Dalam pada itu, Nurliyana mendedahkan dirinya reda dengan kententuan Ilahi menimpanya sekeluarga.
Saya bersama anak berusia enam tahun reda dengan pemergian arwah.
Sekadar info, seorang pegawai dan anggota tentera disahkan maut selepas kereta Proton Persona dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori kira-kira jam 3.20 petang ketika dalam perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan.
Difahamkan, kedua-dua mangsa yang berpangkat Leftenan Kolonel dan Lans Koperal itu berkhidmat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson datang dari arah Lumut, Perak.
Jenazah Allahyarham Mohd Azwan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Paloh 3, Gua Musang selepas selesai proses bedah siasat.
Sumber: Harian Metro