berita

‘Itu Fitnah Besar Terhadap Saya’ – Fizo Omar Nafi Mohon Bantuan Kerajaan

April 1st, 2020 | by Amat
Isu & Kontroversi

Nama pelakon Fizo Omar juga antara salah seorang artis yang mendapat tempias kecaman daripada netizen gara-gara memberi respon terhadap isu minta bantuan dari kerajaan. Pelakon ini bagaimanapun telah tampil memohon maaf di Instagram miliknya dan menjelaskan situasi sebenar.

Perkara ini juga sedikit sebanyak telah mencalarkan maruah dirinya dan keluarga. Sekiranya masih lagi diperbesarkan, dia akan mengambil tindakan undang-undang.

Selebriti minta bantuan kerajaan

https://www.instagram.com/p/B-Y4yPCJQCe/

Fizo Omar turut menafikan dirinya tidak pernah meminta bantuan kewangan dari kerajaan ataupun mana-mana pihak sepertimana telah didakwa dan dihebohkan di laman sosial media. Malah, dia juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini masih lagi diperbesarkan. Dia agak terkilan kerana perkara ini telah menjatuhkan maruah diri dan keluarganya.

Saya yakin apa yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan salah faham. Disebabkan itulah memberi kesan terhadap saya dan keluarga di mana kami menerima komen-komen negatif, cacian, makian dan hinaan.

Saya berharap sangat, sesiapa yang terlibat sila tarik balik sebelum saya mengambil tindakan yang sewajarnya.

Ada pihak memanipulasikan hasrat

Tambah Fizo Omar lagi, bantuan yang diperjuangkan mereka sebenarnya adalah untuk artis veteran dan krew dibelakang tabir.

Berkaitan hal ini saya sendiri bercakap dengan selebriti yang terlibat. Sebenarnya, hasrat mereka untuk meminta pertimbangan dari pihak kerajaan untuk memberi bantuan kewangan kepada penggiat industri seni.

Maksud mereka adalah krew-krew dibelakang tabir dan artis veteran terutamanya artis yang uzur dan tidak berdaya mencari pendapatan lagi. Tetapi ada pihak tidak bertanggungjawab memanipulasikan hasrat mereka sehingga mereka dikecam di sosial media.

Kalau boleh kita faham situasi sebenar tanpa menjatuhkan fitnah.

Sumber: Fizo Omar

SKIP THIS AD ×