berita

Itu Hak Dia – ND Lala

August 26th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

nd-lala

Itulah yang dikatakan oleh bapa kepada penyanyi bersuara lunak, Shila Amzah apabila diminta untuk mengulas lebih lanjut mengenai gosip cinta anaknya dengan pelakon terkenal, Johan As’ari.

Menurut ND Lala, sebagai seorang remaja yang sedang meningkat naik, Shila harus bijak menilai sesuatu perkara itu dengan lebih rasional dan menyifatkan gosip cinta anaknya itu adalah suatu perkara biasa.

Kenapa sebut satu nama sahaja? Saya lihat ada banyak nama yang dikaitkan dengan dia (Shila Amzah).

Sebagai manusia yang sedang membesar, dia akan melalui pelbagai proses. Bila seseorang itu lalui pelbagai proses, ada pelbagai bentuk cabaran yang dia akan lalui.

Jadi, apa sahaja orang nak cakap, kita pulangkan balik itu sebagai hak dia (peminat).

Tetapi ketika dia bercakap itu mendatangkan manfaat atau fitnah, hanya dia sendiri yang akan jawab.

Shila Amzah & Johan As'ari

Foto mesra Shila Amzah & Johan As’ari

Dalam pada itu, ND Lala turut menolak dakwaan kononnya Shila menghafal skrip sewaktu sesi temubual dengan pihak program realiti TV Chinese Idol 2013 yang diadakan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan :

Menurut ND Lala, meskipun Shila masih belum mampu menguasai Bahasa Mandrin sepenuhnya, akan tetapi anaknya itu masih boleh bertutur dan memahami bahasa tersebut dengan baik.

Betul, dia bukan sampai tahap fasih. Secara spesifiknya, sewaktu sesi temubual itu dijalankan, dia tidak disediakan skrip untuk bercakap, cuma dibekalkan dengan point-point penting sahaja.

Jadi, Shila sendiri kena memahami setiap soalan yang bakal diajukan kepadanya.

Lagipun Shila sendiri tidak tahu soalan mana yang bakal diajukan terlebih dahulu sebab soalan-soalan tersebut tidak mengikut urutan seperti di dalam senarai.

Beralih kepada perkembangan terbaru Shila di China, penyanyi ini difahamkan bakal muncul dengan single terbarunya dalam versi Bahasa Mandrin yang bakal direkodkan tidak lama lagi.

Untuk semua peminat, di sini OHBULAN! selitkan juga video nyanyian Shila Amzah menerusi lagunya berjudul A Moment Like This yang telah dinyanyikan secara langsung di malam kemuncak Chinese Idol 2013 yang telah berlangsung semalam. Jom layan!

https://www.youtube.com/watch?v=tT4G4MkfNKk#t=162

SKIP THIS AD ×