berita

Itu Hak Peribadi Dia – Bekas Suami Restu Hubungan Izreen & Amar?

August 15th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

izreen-azminda-kahwin

Sejak dua menjak ni, makin rancak pula industri hiburan dengan gosip-gosip pasangan bercinta. Termasuklah pelakon jelita Izreen Azminda dan heronya dalam dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, Amar Baharin.

Artikel berkaitan : Rakan Artis & Peminat Doakan Jodoh Izreen-Amar Berpanjangan. Apa Maksudnya Tu?

Mereka ini masing-masing tak mengaku bercinta. Tapi, kalau tengok foto-foto di Instagram Izreen dan Amar, amboi bukan main mesra lagi. Sampaikan ada peminat nak mereka bertemu jodohlah!

Tapi, sedar atau tak, Izreen ni masih dalam tempoh edah lagi. Tak terkesan ke bekas suaminya dek kerana cerita panas ni? Kalau nak tahu, jom baca lagi.

blogger-image-331388920

Menurut laporan mStar Online, bekas suami Izreen, Riza Baharuddin berkata dia sedikit pun tak kisah dengan gosip tersebut sebaliknya menganggap ia merupakan hal peribadi bekas isterinya.

Saya sedikit pun tidak tertekan dengan berita-berita yang keluar itu kerana kami sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi.

Kalau dia bercinta sekalipun itu adalah hak peribadi dan terpulang kepada dia untuk menentukan kehidupannya.

Haa, begitulah jawapannya. Reza pun kini sudah redho dan menganggap penceraiannya dengan Izreen merupakan takdir yang telah ditetapkan.

Menurut Reza, dia masih berhubung dengan bekas isterinya itu untuk mengetahui perihal anak merka yang kini dijaga oleh ibu Izreen dikampung.

Baguslah begitu kan? Iyalah, walaupun sudah tak bersama, mereka masih mempunyai anak untuk dijaga dan diberi perhatian bersama. Betul tak?

Kredit Foto : Instagram Izreen Azminda

SKIP THIS AD ×