berita

Itu Perspektif Saya Untuk Anak Muda Zaman Sekarang – Erma Fatima

January 10th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen-Shot-2013-01-10-at-12.00.31-AMPetang semalam telah berlangsungnya tayangan perdana untuk telefilem terbaru arahan pengarah terkenal Erma Fatima berjudul ‘Keroncong Untuk Ana’ bertempat di Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil.

Menurut Erma Fatima, telefilem ini sememangnya diilhamkan daripada lagu nyanyian sifu M.Nasir sendiri iaitu ‘Keroncong Untuk Ana’ dan ia mengisahkan tentang perjuangan seorang anak seni yang sangat meminati muzik keroncong sehingga berhasrat untuk menghasilakn sebuah lagu untuk jirannya yang bernama Ana.

“Cerita ini diselitkan dengan enam buah lagu yang kebanyakannya lagu-lagu yang orang tahu.”

“Sebelum ini pihak Astro ada datang kepada saya dan meminta untuk saya mengarahkan sebuah telefilem berdasarkan lagu. Jadi, apabila saya dengar lagu ‘Keroncong Untuk Ana’ saya mendapat ilham, di mana ia menceritakan mengenai sebuah lagu keroncong yang ditulis khas untuk seorang individu yang bernama Ana.”

“Oleh itu, terhasillah cerita ini dan menerusi telefilem ini saya banyak selitkan eleman-eleman ketulusan serta keihlasan hati antara hubungan anak dan bapa serta hubungan antara kawan-kawan.”

Berkongsi lebih lanjut mengenai telefilem ini, Erma Fatima mengakui sebenarnya dia sendiri tidak berapa menyukai kesudahan telefilem tersebut, akan tetapi terpaksa hasilkan juga kerana ia adalah lumrah sebenar kehidupan generasi muda pada masa kini.

“Sebenarnya saya tak berapa menyukai ‘ending’ telefilem ini, akan tetapi saya terpaksa hasilkan jalan cerita sebegitu sebab itu adalah perspektif saya untuk anak muda zaman sekarang.”

“Bila orang menonton cerita saya dan mereka marah sebab ‘ending’ begitu, saya terima sebab itulah yang saya nak. Saya nak anak muda yang menonton cerita ini, dia akan sedar dan selamatkan muzik keroncong itu sendiri supaya perkara yang sama tidak akan terjadi seperti dalam drama.”

“Sekiranya melihat cerita-cerita saya yang sebelum ini, mungkin ramai yang tidak menyukai ‘ending’ cerita saya dan mereka mempersoalkannya. Saya tak kisah sebab itu semua adalah pandangan saya sebagai seorang pengarah. Saya tak suka nak buat kesudahan cerita yang memang orang sudah boleh jangka, sebab pada hakikatnya bukan macam itu.”

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cerita ‘Keroncong Untuk Ana,’ jangan lupa untuk menontonnya pada 14 Januari ini pada jam 10 malam di saluran Astro Prima (105). Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini adalah Dato’Rahim Razali, Qi Razali, Lydiawati, Tiz Zakiyah serta Johan Ashaari.

SKIP THIS AD ×