Di Instagram, pengarah dan penerbit muzik terkenal, Datuk Mokhzani Ismail tampil memberi respons berhubung nyanyian penyanyi kumpulan wanita, The Gadys yang sumbang dalam sebuah majlis anugerah, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Macam Buat Persembahan Di Sekolah, Meleleh Taik Telinga’ – The Gadys Curi Perhatian Julfekar & Netizen
Ramai sangat yang dm
Menurut Mokhzani yang juga merupakan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM, program tersebut merupakan acara luar tajaan penerbitan stesen terbabit, justeru tiada pengarah muzik (MD) mahupun ahli muzik lain.
Bila ramai sangat yang DM tanya macam mana kumpulan The Gadys viral lagu Cinta Sampai Ke Ethopia tu boleh terlepas dalam program TV.
Itu program luar tajaan RTM, jadi penganjur yang cari artis. Tak ada band, musicians atau MD terlibat hanya pakai minus one.
Dah terlepas dan terkeluar sumbang. Nak buat macam mana.. Tak sempat nak autotune.
Tambah Mokhzani, insiden tersebut akan membuka mata The Gadys untuk mengambil kelas vokal.
Tak payah nak kecoh sangat macam baru pertama kali dengar orang nyanyi sumbang. Pandai la mereka nak pergi belajar.
Sekurangnya ada juga sumbangan mereka sekali sekala kena biar terlepas supaya telinga korang dapat di didik juga.
Selain itu juga menyedarkan The Gadys untuk pergi belajar vokal.
Sumber: Datuk Mokhzani