berita

Ivy Kembali Dengan Album Baru

June 5th, 2013 | by Ai
Kini Trending

ivy and yoobin

Diva K-Pop, Ivy yang lama menyepi sejak kali terakhir mempromosikan lagu ‘Touch Me’ pada 2009 dikatakan sedang sibuk mengeluarkan teaser untuk album mini terbaru miliknya.

Melalui laman blog milik Ivy, penyanyi itu berkongsi gambar teaser untuk album terbarunya dan mengumumkan yang dia akan membuat kemunculan semula pada 13 Jun ini menerusi lagu ‘I Dance’.

teaser

Teaser album mini baru Ivy berjudul ‘I Dance’

Lagu itu menampilkan seorang ahli Wonder Girls, Yoobin sebagai penyanyi rap jemputan dan khabarnya Yoobin juga turut terlibat dalam penggambaran muzik video ‘I Dance’.

Kalau anda nak tahu, ‘I Dance’ merupakan sebuah lagu yang mengetengahkan konsep tango, hip hop dan elektronik. Lagu ini menceritakan tentang seorang wanita yang cuba untuk melupakan kesedihannya melalui tarian.

Sebelum tu, jom tengok dulu MV ‘Touch Me’ sekadar untuk mengembalikan ingatan anda terhadap kelincahan Ivy dalam tarian.

Sumber: Soompi

SKIP THIS AD ×