berita

Izara Aishah Bangga Adib Khalid Jadi CEO Tune Studios

November 7th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2014-11-07 at 10.36.01

Dan menangislah jejaka-jejaka di luar sana apabila dapat tahu Izara Aishah sekarang sudah berpunya. Nak tambahkan sakit hati lagi, kekasih Izara juga adalah seorang yang berpengaruh iaitu anak kepada Dato’ K.

Pada 10 Oktober yang lalu, Izara membuat pengakuan kepada media bahawa dia dan Adib kini sedang menjalin hubungan cinta dan berharap tiada lagi spekulasi yang timbul mengenai mereka berdua.

Tapi apa yang lebih menarik hati kami semalam apabila Izara berkongsi foto boyfriend-nya itu di Instagram dalam sebuah majlis malam semalam.

Screen Shot 2014-11-07 at 11.02.56

Menerusi caption yang ditulis, Izara nampaknya sangat menyokong kejayaan Adib sehingga kekasihnya itu dilantik menjadi CEO Tune Studios / Tune Records.

Screen Shot 2014-11-07 at 10.35.00

Untung Adib dapat buah hati kesayangan yang cukup sporting dan supportive macam Izara. Dalam masa yang sama, untung juga Izara dapat boyfriend bergelar CEO. Pandai cari cinta, hihi!

Kami harap hubungan Adib dengan Izara kali ini berkekalan dan berlanjutan sampai ke jinjang pelamin. Tapi Adib kata dia nak beri masa antara tiga hingga empat tahun untuk fokus pada syarikat sebelum mendirikan rumahtangga. Agak lama juga tu, harapnya Izara boleh tunggu la ya.

SKIP THIS AD ×