berita

Izzue Islam Cemburu Abang Khatan Dahulu

November 12th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Izzue Islam

Selepas menempa nama melalui kumpulan Forteen, Izzue Islam kini mengorak langkah lebih luas melalui filem terbarunya berjudul Hantu Tok Mudim.

Izzue Islam yang sebelum ini pernah membintangi filem 29 Februari kini telah mula diberikan kepercayaan untuk membawa watak utama. Lebih menarik, dia juga akan turut dibantu oleh barisan artis popular lain seperti Adrea Abdullah, Soffi Jikan, dan juga Harun Salim Bachik.

Izzue Islam 2

Apabila berbicara mengenai Tok Mudim, pastinya akan terlintas di fikiran anda tentang kaedah tradisional yang digunakan di kampung untuk berkhatan. Namun, akibat dimanipulasi dan disalah tafsirkan maksud sebenar Tok Mudim, gelaran tersebut telah memberi kesan yang tidak elok kepada kanak-kanak.

Lain pula ceritanya dengan selebriti ini, Izzue ketika ditemui mendedahkan, ada kenangan lucu yang dilaluinya ketika hendak berkhatan pada zaman kanak-kanak.

Tidak menggunakan kaedah tradisional, Izzue menjelaskan bahawa dia telah berkhatan semasa umurnya 9 tahun selepas cemburu melihat abangnya.

 Saya cemburu apabila atuk mengadakan majlis berkhatan untuk abang dan tidak untuk saya. Saya pun nak berkhatan. Disebabkan itu, semasa umur 9 tahun, saya telah berkhatan sedangkan ketika itu saya masih kecil.

Sementara itu, Izzue Islam yang kini sibuk mempromosikan filem terbarunya memberitahu bahawa sesetengah babak dalam filem ini agak sukar dilakukan, antaranya ialah babak semasa berada didalam tab mandi yang diisi dengan ais batu pada pukul 3 pagi.

Untuk makluman, selain sibuk mempromosikan filem, Izzue juga bakal melancarkan album terbarunya bersama kumpulan Forteen akhir November ini.

Jadi mahu tengok bagaimana gelagat Izzue Islam ketika berkhatan? Nantikan filem ini tidak lama lagi ya!

SKIP THIS AD ×