berita

J-Hope Kirim Surat Untuk ARMY Sempena Ulang Tahun Ke-10 BTS

June 13th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Umum mengetahui, salah seorang anggota kumpulan terkemuka berasal dari Korea Selatan, BTS iaitu J-Hope sedang menjalani latihan ketenteraan di negara itu.

Artikel Berkaitan: Jungkook BTS Padam Akaun Instagram, Perjelas Sebab Utama Kepada Peminat

Artikel Berkaitan: BTS Jin Ahli Pertama Yang Akan Menjalani Khidmat Wajib Tentera Selama 2 Tahun

Surat dari J-Hope

Terbaharu, menerusi satu perkongsian di laman Twitter rasmi BTS, J-Hope atau nama sebenarnya Jung Ho-seok dilaporkan mengirim surat kepada peminat kumpulannya itu yang dikenali sebagai ARMY bersempena ulang tahun ke-10 penubuhan kumpulan berkenaan.

Menurut J-Hope, surat pendek yang ditulis sendiri itu adalah untuk menghargai kelab peminatnya yang masih setia bersama mereka sejak 13 Jun 2013 hingga kini.

Malah, dia turut mendoakan agar kelab peminatnya itu sentiasa berada dalam keadaan baik.

ARMY awak baik-baik sahaja kan, saya sedang membiasakan diri dengan kehidupan tentera dan saya berasa sangat gementar.

Kebiasaannya, kami akan berkumpul bersama bagi meraikan ulang tahun, tetapi kali ini ada beberapa ahli kumpulan yang tidak dapat bersama.

Dalam surat itu juga, J-Hope mengajak ARMY mengenang kembali kenangan sepanjang tempoh 10 tahun BTS dalam industri muzik K-Pop.

J-Hope juga berpesan, ada beberapa ahli kumpulan BTS yang bakal muncul dengan single terbaharu dan berharap ARMY dapat memberi sokongan kepada mereka.

J-Hope direkrut sebagai tentera untuk bertugas di Pusat Latihan Rekrut Bahagian A Tentera Darat pada 18 April lalu. Selepas tamat latihan, dia akan dilantik sebagai penolong pengajar latihan Divisyen Infantri ke–36.

Sementara itu, seorang lagi anggota BTS iaitu Jin juga dilaporkan sedang menjalani latihan ketenteraan di sana.

Difahamkan, kesemua tujuh anggota kumpulan K-pop itu (RM, Jin, J-Hope, Suga, Jimin, V dan Jung Kook) akan menunaikan tanggungjawab mereka.

Di Korea Selatan, semua lelaki yang sihat tubuh badan diwajibkan berkhidmat dalam pasukan tentera selama kira-kira dua tahun.

Sumber: Twitter, Metro

SKIP THIS AD ×