berita

Jaafar Onn Dedah Masih Ramai Wanita ‘Melamar’, Nak Jadikan Suami

May 17th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Siapa tidak mengenali chef selebriti Jaafar Onn yang dahulunya sangat popular dengan rancangan masakan di televisyen. Bukan hanya handal memasak di dapur, tetapi Jaafar Onn juga mempunyai bakat dalam bidang lakonan. Antara lakonan yang menaikkan nama Jaafar Onn lagi termasuklah Cili Padi, Aku No 1 dan Rock Oo!

Terbaharu, kemunculan Jaafar Onn dalam filem 18 Puasa Di Kampung Pisang telah menarik perhatian ramai dan rata-rata peminat suka dengan karakternya. Siapa sangka kemunculan semula Jaafar Onn dalam industri seni telah membuatkan dia dilamar oleh wanita-wanita. Terbaiklah Jaafar Onn!

Terima pinangan ramai wanita

Memetik laporan Malay Mail, selebriti chef dan pelakon berusia 70 tahun itu mendedahkan terima pinangan kahwin dari beberapa wanita yang meminatinya setelah kejayaan filem 18 Puasa Di Kampung Pisang. Jaafar Onn turut berkongsi terima lamaran dari gadis muda dan wanita berstatus janda.

Saya sudah letih memikirkan mengenai perkahwinan. Saya tidak tahu mungkin keberangkalian hati saya sudah ditutup. Tetapi jika Tuhan mengatakan itu jodoh saya, maka, perkahwinan itu akan berlaku.

Tidak tahu apakah tujuan mereka

Sementara itu, Jaafar Onn turut memberitahu lebih 50 wanita menyertai kelas memasaknya di studio untuk belajar memasak tetapi itu bukan menjadi keutamaanya tujuan mereka menyertai kelas. Jaafar Onn sebelum ini pernah berkahwin pada tahun 1983 dan bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka berada di sana bukan untuk belajar tetapi meminta saya berkahwin dengan mereka. Saya juga bertanya mengapa mereka nak berkahwin dengan saya. Saya juga tidak tahu apakah tujuan mereka, mungkin fokus kepada kekayaan harta saya. Tetapi saya juga tidak tahu adakah saya ini kaya.

Sumber: Malay Mail

SKIP THIS AD ×