berita

Jackie Chan Tiba Di Malaysia 18 Disember Ini

December 13th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

jackie-chan-police-story

Ini bukanlah gimik mahupun rekaan semata-mata, tetapi ini adalah kenyataan. Pada 18 Disember ini, peminat industri hiburan di Malaysia bakal dikejutkan dengan kehadiran pelakon dan pengarah berbakat iaitu Jackie Chan.

Kami difahamkan, Jackie Chan bakal tiba di Kuala Lumpur sempena mempromosikan filem terbarunya yang berjudul Police Story 2013.

Screen Shot 2013-12-13 at 9.38.46 AM

Jackie tiba di Malaysia 18 Disember ini

Menerusi sebuah portal, kedatangan Jackie Chan atau nama sebenarnya Chan Kong San, 59, telah disahkan sendiri oleh pihak pengedar filem iaitu Ram Entertaiment dan SKT menerusi satu kiriman email.

Pada hari tersebut Jackie Chan akan berada di Pavilion, Kuala Lumpur untuk menghadiri malam gala tayangan perdana filem Police Story 2013.

Apa yang pasti, para peminat juga berpeluang beramah mesra bersama pelakon tersebut sewaktu majlis tersebut selesai.

trailer-police-story-2013-e1385964313742

Jackie Chan sebagai Detective Zhong Wen

Bagi peminat Jackie, anda mesti tak sabar nak menonton filem ini, kan? Apa-apa pun, nantikan filem Police Story 2013 ini pada 24 Disember di pawagam-pawagam yang berhampiran dengan anda.

Sebelum itu, apa kata anda layan trailer Police Story 2013 selepas ini untuk menambahkan lagi keterujaan anda apabila bertemu pelakon ini minggu depan. Enjoy!

SKIP THIS AD ×