berita

Jadi ‘Bookie’ Piala Dunia, Gadis 19 Tahun Ditahan Polis

December 7th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Seorang gadis tempatan, berusia 19 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat sebagai ‘bookie’ bagi perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022.

Artikel Berkaitan: Piala Dunia Qatar 2022 Jadi Medan Dakwah Kepada Orang Bukan Islam

Artikel Berkaitan: Tonton Piala Dunia Dengan Tahanan, Pegawai Polis Dipuji Netizen

Kegiatan judi bola sepak

Menurut laporan Harian Metro, pihak polis telah merampas satu unit telefon bimbit berserta sim kad, satu helai resit yang bertulis angka-angka ‘Fifa World Cup 2022 Qatar, pencetak mudah alih dan juga sejumlah wang tunai dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon memaklumkan, suspek ditangkap dalam Op Saga Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau di sebuah premis kedai serbaneka Singai Tondong, Jalan Bau/Batu Kawa, Sarawak, sekitar jam 4 petang.

Semakan pihak polis mendapati, suspek yang berumur 19 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 kerana terlibat sebagai ejen perjudian bola sepak.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×