Ramai orang ingat nak jadi pramugari atau pramugara ni senang. Asal ada rupa dan ketinggian, pandai berhias dan menghidangkan menu diatas kapal terbang sudah memadai. Maka timbullah tanggapan bahawa kalau nak kerja gaji tinggi tapi malas belajar, jadi saja Flight Attendant.
Terpanggil untuk bersuara tentang perkara ini, seorang pramugari menulis surat terbuka untuk mereka yang mempunyai tanggapan negatif terhadap bidang tugas Flight Attendant. Very insighful, bacalah dengan hati dan minda yang terbuka!
Good Pay Tapi Malas Belajar?
Kehadapan Illa Ali,
Jika anda menerima pesanan ini, mohon maaf atas bacaan panjang yang terpaksa anda tatap. Saya ingin berterima kasih kepada anda kerana memuatnaik status tersebut. Saya memahami keprihatinan anda dan sedar akan kebebasan bersuara yang kita miliki, tetapi, untuk memastikan keadilan semua pihak, biarlah saya bersuara bagi pihak rakan-rakan pramugari/pramugara (Flight Attendant) saya.
Kenyataan anda kedengaran sedikit tidak adil dengan ayat “Kalau u nak kerja w good pay tapi malas belajar”.. Saya rasa saya tahu anda merujuk kepada gadis/jejaka muda yang menjadi Flight Attendant pada umur 18 tahun. Atau mungkin anda merujuk kepada lelaki/wanita matang yang menolak troli pada umur 40 tahun? Tidak kiralah kategori mana yang anda maksudkan, saya boleh berikan penjelasan kepada setiap satunya.
Tiada Noktah Dalam Menuntut Ilmu
Pertama sekali, jangan pandang rendah orang yang menghidangkan kopi atau teh anda. Kerja tersebut mungkin nampak mudah bagi anda, tapi menghidangkan kopi atau teh bukanlah perkara utama dalam bidang tugas mereka. Mereka lebih mengutamakan keselamatan anda ketika dalam penerbangan. Ada sebab mengapa mereka harus berada disitu untuk memastikan anda mengenakan tali pinggang keselamatan. Mereka telah mengharungi dua bulan susah payah (mental dan fizikal) untuk masuk ke dalam alam pekerjaan ini. Segala ilmu tentang Keselamatan & Pertolongan Cemas seperti memadamkan api, menangani penumpang bermasalah dan sebagainya yang tidak sanggup dihadapi oleh kebanyakan orang di luar sana, telah dipelajari oleh mereka. Bukan itu saja, mereka juga mempunyai ujian tahunan dan latihan untuk menilai kecekapan mereka, jika gagal, bererti mereka tidak akan dapat memperbaharui lesen mereka dan akan digantung daripada mengendalikan apa-apa penerbangan.
Adakah anda percaya dengan kata-kata “pembelajaran adalah satu tugas yang tidak berkesudahan”? Dalam syarikat saya, termasuk Boss kami, Tony Fernandes percaya semua orang mempunyai peluang yang sama untuk mempertingkatkan diri. Ini menjelaskan kewujudan pangkat-pangkat seperti “Dari Atendan Penerbangan kepada Juruterbang” atau “Dari pemegang SPM kepada Jurutera Pesawat”. Ini boleh berlaku kerana mereka belajar sepanjang tempoh tugas mereka. Minat mereka semakin bertambah melalui apa yang mereka lalui setiap hari. Mereka berkawan dengan orang-orang dari bahagian-bahagian lain seperti jurutera dan juruterbang dan berpeluang unuk mendapat lebih ilmu pengetahuan. Perbincangan yang baik boleh mewujudkan pemikiran yang baik tentang sesuatu perkara, kan? Beberapa sahabat Flight Attendant saya kini sedang menjalani latihan di sekolah penerbangan, berjuang menghadapi peperiksaan mereka MENGGUNAKAN wang yang diperolehi semasa bekerja sebagai Flight Attendant. Mereka mendapat gaji yang bagus semasa muda dan digunakan untuk faedah masa depan mereka sendiri. Ada juga yang menggunakan peluang kerjaya ini (lantaran waktu kerja yang fleksibel) untuk menyambung pelajaran ke peringkat Diploma/Ijazah melalui PJJ (Pendidikan Jarak Jauh) sambil mereka bekerja (faedah berganda menurut saya? Pengalaman bekerja dan ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam masa yang sama). Meskipun mereka tidak dapat meneruskan diploma/ijazah mereka, saya percaya mereka mempunyai sesuatu yang lain dalam fikiran untuk memajukan diri, mungkin melabur dalam perniagaan kecil, menghadiri kursus atau sesuatu. Adakah anda boleh mengaitkan kesemua penjelasan ini dengan ayat pada status anda? :) Saya tahu anda cukup bijak untuk berfikir.
Kelebihan Bekerja Sebagai Flight Attendant
Cukuplah berbicara tentang Flight Attendant yang tidak berpendidikan universiti. Mari beralih kepada Kategori Kedua, kakak-kakak dan abang-abang berumur yang masih setia dengan karier ini seperti saya :) Encik Illa Ali, saya berumur 32 tahun dan merupakan pemegang Ijazah Environmental Science (bukan mahu bercakap besar, saya akan tunjukkan fakta berkaitan yang akan dijelaskan kemudian). Saya telah dipanggil untuk menduduki peperiksaan jawatan PTD sebanyak 5 kali tapi telah menolaknya (jika anda tidak tahu, PTD adalah Pegawa Tadbir Dan Diplomatik) dan telah bekerja dengan sebuah NGO antarabangsa. Ramai rakan-rakan Flight Attendant sata adalah pemegang Ijazah dan Master, ada diantara mereka dahulunya bekerja sebagai akauntan, penganalis dan sebagainya. Saya akui, ada ahli keluarga yang mengkritik tindakan saya, dengan mengatakan Ijazah saya tiada guna jika saya tidak mencari sebarang kerja di bahagian kerajaan atau bidang berkaitan yang saya pelajari di university. Orang akan terus bertanya “sampai bila mahu buat kerja ini dan sejauh mana pangkat yang boleh anda kecapi?” Well, untuk menjawab persoalan tersebut, biarlah saya mengatakan bahawa saya mempunyai alasan tersendiri untuk setia dengan tugas ini. Begitu juga dengan rakan-rakan saya yang lain.
Buat masa ini, saya setia dengan kerja ini kerana waktu kerjanya yang fleksibel. Saya tidak suka pergi ke tempat umum atau pusat membeli-belah ketika hari minggu di mana kesesakan orang ramai boleh buat saya sakit kepala, saya menghargai waktu cuti saya hari biasa yang boleh saya gunakan msa tersebut untuk kelas pembangunan diri tambahan dan membuat sebarang urusan rasmi/berfaedah. Ini adalah antara pekerjaan yang membolehkan kami mendapat cuti panjang sekaligus tanpa perlu membazirkan Cuti Tahunan yang dimiliki, dimana kami boleh membuat bisnes sampingan dan menjana pendapatan lebih tanpa mempengaruhi prestasi kerja utama kami.
Walaupun waktu penerbangan yang panjang dan kelewatan boleh berlaku pada hari-hari tertentu, kami gembira kerana tahu kami hanya bekerja dari jam 5 pagi sehingga 10 pagi dan telah selesai untuk hari tersebut. Dan kami bersyukur kerana kadang-kala kami hanya bekerja selama 10 hingga 13 hari dalam sebulan. Belum lagi faedah perjalanan (selain daripada manfaat lain yang kami boleh dapatkan) di mana kakitangan syarikat penerbangan dan ahli keluarga mereka boleh menikmati perjalanan pada tambang yang sangat murah. :) Saya berharap anda jelas mengenai perkara ini dan walaupun anda mungkin kata kami tiada pilihan selain kerja ini, sebab-sebab yang saya nyatakan diatas lebih membuatkan kami teruja dan selagi kami masih di landasan ini, kami tidak kisah akan kata-kata orang terhadap kami.
Ramai Ada Bakat Terpendam!
“Nak feeling glamour tapi takde talent, jadilah Flight Attendant”.. hmm ini adalah satu lagi kenyataan yang berat sebelah. Kerja ini bukan untuk glamour. Mungkin ya pada waktu lalu, tapi itu bukan tujuan utama kami lagi. Jika anda bertanya mengapa mereka memilih pekerjaan ini, kebanyakan jawapan yang diberikan adalah “GAJI BAGUS DENGAN MANFAAT MELANCONG” seperti yang dinyatakan di atas. Mungkin kami “nampak” glamour kerana dikehendaki kelihatan menyenangkan dengan rambut dan mekap yang cantik setiap masa (dimana ada diantara kami yang tidak suka mengenakan mekap yang tebal pada waktu cuti). Kami tak rasa kutip sampah semasa waktu transit dan menghidangkan nasi lemak kelihatan glamour. Jika kami suka kelihatan glamour kami akan berhenti daripada pekerjaan ini dan bertukar kepada syarikat penerbangan lain. Bercakap tentang bakat, jangan terkejut jika kami mempunyai ramai Flight Attendant dengan bakat terpendam disekeliling kami. Mereka cuma tidak menonjolkannya. Kerja adalah kerja. Bakat itu satu bonus (saya terbang bersama seorang gadis semalam dan dia merupakan seorang penyanyi dibawah KRU Records dan baru sahaja memulakan kerjaya sampingannya sebagai pelakon. Betapa rendah dirinya gadis cantik ini sehingga kami langsung tidak tahu dia mempunyai bakat tersebut sehinggalah di akhir penerbangan). Dan Tuan, “bakat” boleh tergolong dalam apa saja, kebolehan untuk menjual sesuatu dengan mudah menggunakan kemahiran pemasaran berkesan juga boleh dikira sebagai bakat juga. Kami mempunyai ramai Flight Attendant dengan pelbagai bakat terpadam, kamu tahu :)
Kesimpulannya, hormatilah apa yang orang lain lakukan. Jika ia bukan untuk diri mereka sendiri, mungkin mereka melakukannya untuk orang lain atau keluarga mereka. Ada mulut untuk diberi makan, perut untuk diisi, dan bil-bil yang perlu dibayar. Berhentilah daripada menjadi terlalu rigid. Lagipun, siapalah kita untuk menghakimi orang lain? :)
Regards,
Anna JimenezP/S: anda mungkin menemui dua jenis flight attendant:
1) orang yang kelihatan sangat muda tetapi sebenarnya memegang lesen Commercial Pilot, atau
2) orang yang kelihatan berumur tetapi sebenarnya sangat stabil dari segi kewangan dan mempunyai pendapatan sampingan yang bagus, tetapi masih setia dengan kerja di bidang penerbangan untuk mendapat manfaat melancong dan sebagai hobi
Sumber: Anna Jimenez