Berani berkongsi mengenai kisah hidup sendiri menerusi sebuah siaran podcast, baru-baru ini, ahli kumpulan gangster, Johnny Chang berjaya mencuri perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Mulut Lancang Punca Mafia Hantar Ugutan Bunuh Terhadap Salman Khan
Mati dalam pelukan
Memetik laporan Daily Star, Johnny pernah menerima hukuman di penjara juvana sewaktu usianya masih muda. Berikutan daripada itu, dia telah berubah menjadi ganas dan bertindak balas terhadap sebarang masalah.
Ketika saya berumur tujuh atau lapan tahun saya mencuri di sana sini, tidak ada yang terlalu ganas, tetapi keganasan mula berlaku sekitar 10, 11 atau 12 tahun. Saya sangat ganas. Saya menikam dan memukul orang. Bahkan saya pernah tembak seseorang pada usia yang cukup muda.
Tambah Johnny, dia pernah ditangkap gara-gara penglibatannya dalam kes penculikan seorang saksi yang berpotensi dalam perbicaraan ahli kumpulan yang lain.
Tempat hukuman berbeza dengan tempat juvana biasa. Tempat itu hampir sama seperti hospital mental. Ia tempat untuk pesalah juvana yang paling teruk.
Berbicara lebih lanjut, Johnny berkata dia mula insaf selepas kawan baiknya mati dalam pelukannya selepas bertempur dengan kumpulan musuh.
Itu merupakan pengalaman yang membuatkan saya sangat trauma. Saya terselamat tapi kawan saya mati. Saya rasa bersalah dalam tempoh yang lama.
Sumber: Daily Star