berita

‘Jadi’ Rosmah Untuk Halloween, Netizen Malaysia Bersatu ‘Serang’ IG Wanita Singapura

October 18th, 2018 | by faris
Kini Trending

Pelbagai cara digunakan untuk mengekspresikan tahap kreativiti masing-masing. Bagi selebriti media sosial Singapura, Wendy Cheng atau Xia Xue, dia ‘menjadi’ Rosmah Mansor. Mekap dan pakaiannya dikenakan mirip isteri bekas Perdana Menteri itu.

Walaupun tidak dinafikan dapat dilihat persamaan antara mekap tersebut dengan wajah Rosmah, netizen Malaysia melempiaskan kemarahan mereka terhadap tindakan Wendy itu.

Kau ingat ni kelakar?

Berkenaan dengan mekap yang dibuat oleh Wendy itu, wanita ini menerima banyak mesej meluahkan perasaan marah mereka. Mesej yang dihantar ke inbox Wendy itu antaranya menggertak Wendy dengan mengatakan dia akan memastikan Wendy disaman pihak berkaitan.

Orang Malaysia je boleh ejek Rosmah

Ada juga netizen dipercayai asal negara ini menasihati Wendy berhenti mempersenda Rosmah kerana hanya rakyat Malaysia ‘berhak’ berbuat demikian. Menurutnya, jika wanita ini tidak berhenti mengejek Rosmah, rakyat Malaysia sendiri akan terasa terhina.

Wendy yang juga influencer di republik itu mempersoal bagaimana peraturan sebegitu boleh wujud. Dia bertanya, adakah menghina Rosmah adalah seperti menghina Malaysia? Dia memberi contoh, netizen seluruh dunia memperlekeh Donald Trump tapi bukan berwarganegara Amerika Syarikat.

Siap ugut nak simbah asid!

Paling parah, terdapat juga ugutan diterima Wendy menerusi inbox di laman Instagramnya itu. Individu berkenaan memberi amaran, jika wanita berkenaan datang ke Malaysia, berbotol-botol asid akan dilemparkan ke mukanya.

Ini respon Wendy

Menurut Wendy juga menerusi IG storynya, mekap Rosmah itu sebenarnya adalah untuk perayaan Halloween tidak lama lagi. Pihak media telah mengambil klip videonya yang berdurasi 2 saat sehingga membuatkan perkara itu viral di laman sosial.

Akui wanita ini lagi, dia menerima banyak ugutan dan merasa sedikit takut akan keselamatannya. Namun dia bersyukur kerana akan terbang ke Barbados di Utara Amerika selama 3 bulan sebelum pulang ke Singapura.

Tambahnya lagi, mekap tersebut untuk Halloween di mana semua orang menjadi sesiapa sahaja yang mereka mahu. Dia mengakui hanya seorang amatur sehingga menyebabkan mekapnya menjadi sebegitu.

Sumber: Xia Xue

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×