Tugas dan peranan mendidik dari seorang guru bukannya mudah yang kita sangkakan. Bermacam cara dan kaedah yang mereka fikirkan untuk memberi ilmu kepada pelajar sehingga mereka berisiko berdepan masalah kemurungan. Seperti perkongsian dari cikgu Safwan Jebat ini, dia menggunakan pelbagai kaedah untuk mengajar dalam suasana yang menghiburkan.
Dia menggunakan karakter yang menjadi trend pelajar bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok. Terbaiklah cikgu! Siap boleh jadi Ustaz Madi lagi.
Inilah saat terakhirku
Sejarah dan teater dalam pendidikan
Kelas Sejarah terakhirku bersama 1 Ruby
[Topik: Tamadun Rom] pic.twitter.com/q13CFrnRiT— Safwan Jebat (@awanjebat) August 31, 2019
Pak Pandir datang ke kelas
Pak Pandir juga pernah datang ke kelas untuk bekongsi tentang Ciri-Ciri Tamadun Awal Dunia. Kemudian, pelajar-pelajar mengikut Pak Pandir mengembara bagi membongkar setiap ciri dengan lebih terperinci. pic.twitter.com/b7BiiwVb2w
— Safwan Jebat (@awanjebat) August 31, 2019
Ustaz Madi pun ada
Ustaz Madi (watak dalam drama bersiri popular yang bertajuk Nur) menjadi tetamu kelas Sejarah bagi menerangkan kepada pelajar-pelajar tentang Makna Tamadun yang mempunyai pengertiaan berbeza-beza.
P/S: I didn't have enough materials to dress as Ibn Khaldun (original plan). pic.twitter.com/Fyli8pfjuq
— Safwan Jebat (@awanjebat) August 31, 2019
Sirdiana Jones ada juga!
Ini merupakan kelas Sejarah aku yang pertama bersama anak-anak Ruby. Masih teringat ya aku berjaga sepanjang malam untuk menyiapkan Bison besar bersama adikku.
[Topik: Zaman Air Batu] pic.twitter.com/AspvAzHj8p
— Safwan Jebat (@awanjebat) September 1, 2019
Ajar Bahasa Melayu paling mencabar
Aku masih lagi berada dalam keadaan sedih kerana ini merupakan kelas Bahasa Melayu aku bersama mereka (1 Pearl). Tiba-tiba, aku teringat satu lagu kanak-kanak yang bertajuk 'Sayang Semuanya'. Aku menggunakan lagu tersebut secara spontan untuk mengajar mereka cara menulis rumusan. pic.twitter.com/7norCy66lc
— Safwan Jebat (@awanjebat) September 1, 2019
Sajak dan cerpen aku persembahkan
Komsas merupakan bahagian kegemaran anak-anak didikku. Mereka cukup teruja berlakon, bersajak dan bersyair sewaktu proses PdPc dijalankan. Di kelas komsas juga aku dapat mencungkil bakat terpendam yang ada dalam diri mereka.
[Komsas: Syair Pohon Buluh] pic.twitter.com/TaWChRdxRK
— Safwan Jebat (@awanjebat) September 1, 2019
Sumber: Safwan Jebat