berita

Jadi Wali Kepada Ira, Ibu Syamsul & Keluarga Enggan Maafkan Kazar

January 9th, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Sejak Jumaat lalu, dunia hiburan kecoh dengan pernikahan kedua pengarah Syamsul Yusof bersama Ira Kazar yang diumumkan menerusi akaun Instagram (IG).

Artikel Berkaitan: ‘Semoga Allah Gantikan Ayah Lebih Baik Untuk Cucu-Cucu Saya’ – Ibu Syamsul Yusof

Artikel Berkaitan: ‘Puteri Sarah Menantu Kesayangan Saya, Harap Syamsul Adil Kalau Jodoh Masih Kekal’ – Yusof Haslam

Artikel Berkaitan: ‘Tanggungjawab Suami Bukan Semata Bagi Duit’ – Kecewa Dengan Syamsul, Air Mata Yusof Haslam Gugur

Rosakkan rumah tangga!

Susulan itu, ibu kepada Syamsul iaitu Datin Fatimah Ismail meluahkan rasa kecewa dengan tindakan anak lelakinya yang telah membelakangi keluarga.

Menerusi kenyataan yang ditulis Fatimah, dia menegaskan tidak akan memaafkan pelakon Kazar Saisi yang telah membantu Ira dan Syamsul berkahwin dengan menjadi wali di Thailand.

Kami keluarga Syamsul tidak akan memaafkan Kazar yang membantu anaknya (Ira Kazar) berkahwin dengan Syamsul.

Kata Fatimah, pelakon filem Abang Long Fadil 3 telah menjadi salah satu penyebab kebahagiaan menantu kesayangannya, Puteri Sarah Liyana dan kedua cucunya direntap.

Bagaimanapun, dia sebagai ibu menerima takdir yang telah ditetapkan kepada mereka sekeluarga.

Kazar telah merosakkan rumah tangga Puteri Sarah dan anak-anak mereka! Namun kami terima takdir yang telah berlaku ke atas anak kami yang malang itu.

Pada minggu lalu, Syamsul mengejutkan ramai orang apabila mengumumkan dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand dengan berwalikan Kazar.

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4.

SKIP THIS AD ×