Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam kesal dengen perbuatan anak lelakinya, Syamsul yang menyembunyikan hubungan sulit dengan Ira Kazar selain tidak jujur dengan isterinya, aktres Puteri Sarah Liyana.
Artikel Berkaitan: ‘Dah Setahun Syamsul Yusof Sekat Nombor Telefon’ – Puteri Sarah Liyana
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Allah Gantikan Ayah Lebih Baik Untuk Cucu-Cucu Saya’ – Ibu Syamsul Yusof
Kalau jujur dari awal ..
Memetik laporan Harian Metro, Yusof berkata Syamsul sudah menyakiti hati ramai pihak apabila tidak mengaku sejak awal lagi.
Saya kesal kenapa dia perlu simpan rahsia ini terlalu lama sampai empat tahun? Kenapa tidak berterus terang daripada awal kepada isterinya?
Bukankah dia sudah menyeksa hati dan perasaan Sarah serta melukakan hati banyak orang. Kalau dia berterus terang lebih awal, masalah dapat diselesaikan dengan cepat.
Tambah pengarah berumur 68 tahun, dia juga terkejut selepas melihat video yang dimuat naik Syamsul di Instagram (IG,) pada Jumaat.
Saya nak menjaga hati semua pihak terutama besan-besan, hati menantu kesayangan saya (Puteri Sarah Liyana) dan hati isteri.
Saya dapat tahu pun mengejut. Dia pun dah kahwin, sebelum ini khabar angin saja. Sebagai ayah apa boleh dikatakan adalah yang berlaku sudah berlaku. Jadi saya sebagai orang tua hanya mendoakan yang terbaik.
Apa saja keputusan yang dah dibuat itu hak dia. Dia sudah dewasa untuk menentukan jalan yang dipilih.
Hidup ini banyak persimpangan. Persimpangan ini kita kena pastikan pilih yang terbaik. Sebagai ayah juga, saya harap dia pilih jalan yang diredai Allah.
Pikul tanggungjawab dengan baik
Dalam pada itu Yusof, berharap anaknya itu adil menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada dua anak.
Saya harap dia menjalankan tanggungjawab sebaiknya. Saya harapkan sebagai ayah dia menjadi lelaki yang baik.
Saya harap dia menjalankan tanggungjawab dan berlaku adil. Kalau jodohnya masih kekal dengan Puteri Sarah, berlaku adil pada isteri dan jalankan tanggungjawab dengan berhemah.
Pada Jumaat petang, Syamsul akhirnya bersuara mengenai konflik rumah tangganya apabila mengesahkan berkahwin dua dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.
Terdahulu, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4.
Sumber: Harian Metro