berita

Jadual Punca Sofia Jane Tarik Diri – Erma Fatima

October 18th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

‘Teater Tun Siti Hasmah’ banyak mengalami perubahan semenjak ianya diumum akan dipentaskan di Istana Budaya. Isu teater yang diambil dari kisah bekas Wanita Pertama Malaysia ini hangat diperkatakan apabila berlaku beberapa kontroversi sehingga menyebabkan ianya tertangguh beberapa kali.

Pertemuan dengan pengarah teater, Erma Fatima di Hotel Royal Bintang, Curve telah menjelaskan punca utama Sofia Jane menarik diri adalah disebabkan dia mengalami masalah dengan jadual yang ditetapkan.

“Sofia tidak boleh berlatih pada waktu malam, namun pelakon dan krew lain pula terpaksa hadir pada waktu malam kerana masing-masing ada komitmen yang lain di siang hari,” ujar Erma Fatima.

Ditanya adakah Sofia sudah mengetahui situasi ini sebelum diberi tawaran, Erma berkata, “Sudah menjadi lazim selalunya latihan teater akan diadakan pada waktu malam, dia sepatutnya faham tentang ini.”

Menurut Erma lagi, pertukaran pelakon dari Sofia ke Eja tidak memberikan apa-apa masalah kepada produksi Teater Tun Siti Hasmah kerana ianya berlaku sebelum ‘script reading’.

Isu ini telah menimbulkan pelbagai pertanyaan dan beberapa sumber mengatakan Sofia Jane dan pihak produksi telah berselisih faham. Namun begitu, Erma menjelaskan tiada apa yang berlaku dan mereka masih lagi berkawan seperti biasa.

“Saya yang beritahu dia, saya tak boleh terima dengan permintaan jadualnya. Waktu itu, saya difahamkan dia berada di Jakarta, jadi saya tidak telefon dan hanya menghantar SMS kepada dia.

“Kami masih ok, dan tak timbul isu gaduh. Dan saya memang tak ada masalah sebab perkara ini berlaku ketika skrip masih lagi didalam proses. Jadi tak timbul isu seperti ini sebenarnya,” jelas Erma mengakhiri perbualan.

Dalam pada itu, ‘Teater Tun Siti Hasmah’ kini didalam proses ‘rehearsal’ dan sedang menjalani proses untuk ‘brush-up acting’ dimana persembahan akan diperkemaskan lagi. Teater ini akan mula dipentaskan pada 9 hingga 19 November depan.

SKIP THIS AD ×