berita

‘Jaga Badan Untuk Diri Sendiri Bukan Suami’ – Ozlynn Teruskan Pantang Lepas 44 Hari, Rajin Bersauna & Pakai Bengkung

October 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pada 3 September lalu, Ozlynn dan Johan mengumumkan bahawa mereka telah menimang cahaya mata keenam yang diberi nama Cherdiq. Berita gembira itu telah mengejutkan ramai orang kerana rata-ratanya tidak mengetahui yang Ozlynn hamil.

Artikel Berkaitan: Ozlynn Rindu Anak Sulung Di Ireland, Adik-Adik Pula Selalu Sakat Hantar Gambar Makanan – ‘Malas Nak Jawab Telefon Korang Dah’

Lepas 44 hari masih berpantang

Terbaru, Ozlynn, 40, mendedahkan dia seorang yang mementingkan amalan menjaga tubuh badan terutama selepas bersalin. Katanya, dia masih lagi berpantang dalam bab permakanan walaupun sudah usai tempoh 44 hari.

Tapi, jujur saya cakap, selalunya selepas habis pantang 44 hari, saya masih lagi berpantang. Tak ambil makanan bersifat sejuk, makanan sejuk beku, makanan segera, air kordial, air gas, air tin. Ada itu, saya pantang sampai dua tahun tak usik makanan-makanan begitu.

Tapi bergantunglah pada apakah makanan dan minuman itu. Selalunya juga, selepas bersalin normal, tiga bulan kemudian saya akan perlahan-lahan buat senaman ringan.

Kalau czer pun aku ada pengalaman. Selepas enam hingga lapan bulan, baru boleh start senaman manja-manja dan hasilnya baby nak masuk 10 hingga 12 bulan perut aku dah tegang balik. Aku kadang bila tiba baby dah tiga bulan aku ambil balik pakej berpantang paling kurang seminggu atau dua.

Jaga badan bukan untuk suami

Bercerita lebih lanjut, pemilik nama Rozlinawaty Ismail menegaskan dia menjaga tubuh badan bukan semata-mata pada suami tetapi adalah untuk diri sendiri.

Menurutnya lagi, jika tidak mendapatkan khidmat daripada tukang urut, dia akan mengambil inisiatif untuk melakukan sendiri di rumah.

Ada yang cakap bagus Ozlynn jaga dalaman untuk suami. Hello! Saya jaga badan untuk diri sendiri, bukan suami. Sebab, kalau sakit, bukan suami kita yang boleh ambil sakit itu pun. Tetapi, rezeki suami kita dapat kita yang jenis menjaga dalaman.

Adakala saya buat sendiri saja. Bersauna, berbengkung sendiri. Ada rezeki lebih, dapatla ambil tukang urut. Apa pun, kita semua kena sedar diri tahap kemampuan keluarga kita. Tak perlu ikut orang.

Dalam pada itu, pelakon drama Kalau Dah Berbini menyangkal pemikiran segelintir individu yang berpendapat hanya golongan ‘kaya’ boleh menjaga tubuh badan dengan baik kerana mendapatkan rawatan tertentu.

Terdahulu, Ozlynn dan Johan berkahwin pada tahun 2009. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.

Sumber: Instagram @jozlynnhanania

SKIP THIS AD ×