Lumrah seorang selebriti, kehidupan mereka sering kali menjadi perhatian orang ramai walaupun di luar set penggambaran. Jika terserempak dengan artis pujaan mereka di tempat awam, pasti peminat tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar atau bertanya khabar. Namun janganlah pula kita terlampau teruja sehingga menceroboh ruang privasi mereka.
Itulah yang berlaku kepada pelakon Sharifah Amani apabila dia dikatakan telah diganggu oleh seorang pramugara ketika sedang berurusan di lapangan terbang. Amani merasakan perkara tersebut sedikit menjengkel bagi dirinya.
Susah berurusan dengan pekerja lelaki
Deal dengan pekerja laki banyak nau kena handle “Eh? Macam kenal je” “Akak, datuk, nenek, moyang tak ikut?” Saya nak tau gate saya je Bang. “Eleh jangan lah sombong, sorang je ke?” Deal dengan pekerja perempuan “Your gate is straight on and to your left miss. Have a nice day” ?
— Sharifah Amani (@sharifahamani) January 18, 2018
Amani menerusi Twitternya berkata, kadang-kala amat sukar baginya berurusan dengan pekerja lelaki berbanding dengan pekerja perempuan. Tambah Amani, dia hanya ingin mengetahui pintu mana yang harus dia gunakan tetapi sebaliknya banyak pula soalan yang harus dijawab.
Jaga pelanggan anda
Amani turut berkata, jika seseorang itu bekerja dibidang perkhidmatan, mereka sepatutnya harus menjaga dan tidak menganggu pelanggan mereka. Ini kerana perkara tersebut akan membuat seseorang itu berasa kurang selesa.
‘Masa di liang lahat nanti kita pon sorang-sorang’
Eh? Sorang je? Mana yang lain? Artis mana boleh jalan sorang sorang?
Artis manusia je Bang. End up kita semua duduk liang sorang sorang, artis tak artis. #SuaraHati ?— Sharifah Amani (@sharifahamani) January 18, 2018
Mungkin sering kali diajukan dengan soalan sebegini, respon sinis Amani ini jelas menunjuk dia berasa sedikit terganggu dengan pertanyaan yang sering diberikan oleh sesetengah pihak kepadanya. Amani juga mempersoalkan salah ke dirinya untuk keluar berseorangan tanpa ditemani sesiapa.
Takpalah Amani, anggap sahaja mereka ini terlalu ramah dan sangat meminati karya dan lakonan Amani sehingga tidak perasan telah membuat Amani tidak berasa selesa.
Sumber: Sharifah Amani