berita

‘Jaga Mulut Tu’ – Drama Dihentam Editing Macam Budak Sekolah, Shiela Rusly Sentap?

May 9th, 2020 | by faris
Video Popular

Hasil kerja seni yang dipertontonkan kepada orang ramai tidak akan terlepas kepada komen sama ada negatif atau pun positif. Drama terbitan Shiela Rusly dan suami, Bukan Gadis Biasa menjadi bualan apabila ada babak dalam drama itu dikatakan kurang memuaskan dari segi kualitinya.

Suntingan budak sekolah ke?

Pengguna Twitter Afiq Rahem memuatnaik sebahagian babak dalam drama itu yang dikatakan disunting seperti budak-budak sekolah. Babak itu menunjukkan Jo (lakonan Ayda Jebat) di dalam teksi menuju ke satu lokasi untuk menyelamatkan kawannya yang diganggu penyangak.

Ketika bergelut melawan 2 penyangak itu, Rayyan (Remy Ishak) secara tiba-tiba muncul menjadi hero menyelamatkan kedua-dua mereka.

Tweet berkenaan meraihh lebih 6 ribu perkongsian dan hampir 10 ribu likes daripada pengguna Twitter yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan terbabit.

Bahasa melambangkan bangsa

Shiela kemudiannya memuatnaik pos Twitter berkenaan dan menghentam cara komen dilakukan ke atas karyanya. Dia yang turut berlakon dalam drama itu turut mengingatkan kepada lelaki terbabit untuk mengawasi kata-katanya.

Itu yang terbaik boleh dilakukan

Menurut Shiela di ruangan komen, apa yang dilihat di kaca TV itulah yang terbaik mampu pihak produksi lakukan kerana terganggu dengan perintah kawalan pergerakan. Dia turut menegaskan ada sesetengah masalah sepanjang proses suntingan tidak boleh dikongsikan dengan penonton.

Terbuka pada komen membina

Walaubagaimanapun, Shiela dilihat memadamkan pos di Instagramnya tanpa dapat diketahui punca sebenarnya.

Sumber: Shiela Rusly, Afiq Rahem

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×