berita

Jaga Sensitiviti, Jangan Wujudkan Rasis Penghinaan Agama – Shuib & Zizan

July 14th, 2022 | by khairil
Isu & Kontroversi

Foto: zizanrazak869 & shuibsepahtu

Tindakan seorang wanita menanggalkan baju dan tudung ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi semakin mendapat perhatian semua pihak. Terbaharu, barisan pelawak tanah air menggesa pemilik kelab supaya lebih berhati-hati dengan kandungan yang ingin dipersembahkan di premis.

Artikel Berkaitan: ‘Penonton Berasa Janggal & Terkejut’ – Azhar Sulaiman Bangkang Kelab Komedi Crackhouse Ditutup

Artikel Berkaitan: Sharifah Amani Minta Berlaku Adil, Bantah Penutupan Operasi Kelab Komedi Crackhouse

Artikel Berkaitan: ‘Kami Tidak Akan Teragak-Agak Untuk Mogok Di Hadapan Kelab’ – Yusuf Azmi, Syamsul Yusof & Shahrol Shiro Hadir Buat Laporan Polis

Jangan wujudkan medan rasis

Foto: shuibsepahtu

Antara pelawak yang bersuara mengenai hal tersebut ialah Shuib dan Zizan Razak. Menurut Shuib, pelawak atau lokasi persembahan seharusnya mempunyai garis tertentu agar tidak menyentuh berkaitan agama, bangsa dan merosakkan hubungan kaum.

Jelas Shuib, perlu wujud perasaan hormat antara satu sama lain memandangkan Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan bangsa. Shuib juga menegaskan bahawa jika mahu mengasah bakat pelawak tempatan perlu adanya tempat yang lebih aman dan harmoni.

Pasti kita menghormati satu sama lain daripada segi bangsa dan agama. Apabila saya tengok isu berkenaan kelab komedi, seumpamanya dah macam dijadikan medan atau tempat untuk mewujudkan rasis penghinaan agama terutama Islam.

Bagi pelawak Zizan Razak pula, tiada kesalahan untuk melawak namun tidak perlu menyentuh mengenai sensitiviti agama, politik dan bangsa.

Kalau tak sentuh mengenai sensitiviti agama dan politik atau bangsa, teruskan buat lawak tanpa buat orang terasa. Tiada masalah pun.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×