berita

‘Jaga Sensitiviti, Saling Menghormati’ – Sathia Sedih Tengok Rakyat Malaysia Bergaduh Isu Perkauman

August 26th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Saban hari, isu perkauman semakin menjadi-jadi dan hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia. Di media sosial, makian, kecaman bagaikan perkara biasa. Lebih menyedihkan, isu ini telah dipolitikkan oleh segelintir pemimpin demi meraih sokongan. Antaranya isu tulisan khat, pengusiran Dr. Zakir Naik dan tuduhan terhadap anggota tentera.

Menerusi MalaysiaKini, punca penolakan tulisan jawi ini bermula apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dong Zong tidak bersetuju dengan pengenalan tulisan jawi itu kerana mendakwa ianya tidak membantu meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan.

Tak nak hantar anak ke sekolah

Hal ini berlarutan sehingga sesetengah pihak sanggup mencadangkan ibu bapa untuk tidak menghantar anak ke sekolah sebagai tanda bantahan. Menurut laporan Utusan Malaysia, Setiausaha Pasukan Tindakan Seni Khat (Sekat), Arun Dorasamy, berkata pihaknya mahu ibu bapa tidak menghantar anak ke sekolah jika perkara itu dilaksanakan.

Perkara ini menerima respon daripada Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq yang mendakwa tindakan mereka ini sebagai ‘bodoh sombong’.

Seronok hidup bawah satu payung

Pelawak Sathia yang popular dalam sitkom rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu, berkata menerusi Harian Metro, meminta rakyat Malaysia untuk bersatu dan bekerjasama membantu membanteras isu perkauman ini. Hal ini kerana ianya memecah belah keharmonian negara Malaysia yang sudah lama terjalin.

Saya seronok kerana kita di bawah satu payung dan hidup harmoni. Pergaulan saya juga tak terbatas dengan hanya satu kaum sahaja.

Tidak kira apa bangsa sekali pun, kita kena saling menghormati. Buat apa nak gaduh? Apa yang ditetapkan oleh pemerintah kita terima. Bukan mereka nak buat yang tak bagus pun.

Ada negara lain yang rakyatnya nak makan pun susah. Kasihan tengok mereka bergaduh sesama sendiri.

Buat apa nak gaduh

Tambahnya lagi, dia sudah selesa hidup dalam kalangan masyarakat yang muhibah antara kaum. Dia turut bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai berbilang kaum.

Mujur kita tidak lahir di negara itu. Jadi, sayangilah Malaysia. Saya sudah pusing satu negara termasuk Sabah dan Sarawak. Negara lain mungkin tak banyak pilihan makanan tetapi kita ada macam-macam termasuklah nasi kerabu, mi kolok, sup ekor, dumpling dan roti canai.

Anak-anak pun diajar berkawan, jaga sensitiviti dan saling menghormati. Sekali pun kami tak pernah gaduh dan hidup aman damai.

Tambah Sathia, dia  tidak mahu menyetuh sentimen perkauman yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak. Apa yang dia mahukan adalah rakyat Malaysia perlu memupuk perpaduan dalam diri setiap insan.

Sumber: Malaysia KiniHarian Metro, Utusan Malaysia

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×