berita

‘Jahatnya Mulut Orang Lelaki Sekarang Ini’ – Jasmin Hamid Balas ‘Tazkirah’ Netizen

June 8th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Pelakon Jasmin Hamid sering dihentam gara-gara penampilannya yang didakwa agak seksi. Ini bukan kali pertama Jasmin Hamid terima mesej secara peribadi dari netizen yang menegur penampilannya itu. Namun, kali ini dia menerima mesej teguran mengenai bertudung pula.

Panjang betul ‘tazkirah’ yang dihantar kepadanya dan lihat kenyataan balas Jasmin Hamid terhadap teguran tersebut.

Tak sedar ke diri dah tua?

Jasmin Hamid menerima mesej teguran ini daripada netizen yang didakwanya adalah lelaki. Mesej ini berunsur teguran terhadap penampilan pelakon Jasmin Hamid yang tidak berhijab. Lihat respon balas Jasmin Hamid terhadap teguran tersebut.

Kata-kata kamu telah menguris perasaan saya

Alhamdulillah… Walaupun kamu hantar DM tapi kata-kata kamu telah menguris perasaan saya. Tidak bermakna kamu DM, kamu boleh cakap apa sahaja tanpa mengira perasaan orang lain dengan alasan tidak mahu MENGAIBKAN. Beginikah cara kamu untuk mengajak orang menuju ke jalan Allah? JAHATNYA MULUT ORANG LELAKI SEKARANG NI??? APAKAH??? Itu dosa saya dengan Allah dan bagaimana pula dosa kamu dengan orang yang kamu guris perasaannya? Adakah kamu sudah pasti bahawa segala amalan kamu di terima Allah dan kamu sempat bertaubat sebelum di jemput pulang nanti? Kerana itu semua rahsia ALLAH… Adakah Islam ini kerjanya hanya bercerita tentang Hukum dan api neraka sahaja?
Kenapa tidak kamu bercerita dan memberitahu kepada kami yang kamu anggap JAHIL dan menjadi bara api neraka ini tentang INDAHNYA ISLAM untuk lembutkan hati kami agar kami lebih dekatkan diri padaNya… Beginikah cara orang yang mempunyai IMAN berbicara?

Jangan sampai semua amalan kamu bocor

Orang-orang yang saya kenal dengan TINGGI ILMU AGAMANYA dan BERIMAN , tidak pernah menghukum orang lain malah LISAN mereka amat lembut dan amat menyenangkan hati bila berbicara dengan mereka dan membuatkan diri ingin mendekati orang-orang ini…
Saya hanya hambaNya yang lemah dan tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan…
Saya juga berusaha mencari jalan yang di redhai Allah.. Kalau begini cara kamu berdakwah, tidak mustahil orang yang kamu anggap Jahil akan pergi jauh dari kamu.. Jangan sampai segala amalan kamu BOCOR kerana RIYA. JANGAN TAKABUR dengan ILMU yang kamu ada kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI. Jaga adab bila masuk rumah orang kalau kamu rasa kamu penuh IMAN DI DADA…

Masyarakat hanya tahu menghukum

Inilah mesej yang ingin di sampaikan dalam drama #nur untuk buka mata masyarakat yang hanya tahu menghukum, bukan mahu mendidik ke jalan Allah. Ramai la pulak lagi yang nak kena BLOCK ni… Sibuk sangat tentang TUDUNG. Macam mana pula dengan orang yang bertudung tapi TAK SOLAT ? Masih lakukan kemungkaran dan bertudung tapi tidak menurut Syariat Islam? Adakah tudung hanya ingin tutup mulut manusia sahaja? Ini yang banyak terjadi sekarang terutama waktu buka puasa di luar sampai terlepas SOLAT MAGHRIB.

Harap Jasmin Hamid sabarlah dengan dugaan ini dan menerima teguran dari peminat secara terbuka. Tapi ada betul juga apa yang dikatakan Jasmin Hamid ini. Tak apa, anggap mereka buat macam ini sebab mereka sayangkan artis kegemaran mereka.

Sumber: Jasmin Hamid

SKIP THIS AD ×