berita

Jamal Abdillah Selamat Timang Anak Perempuan Seberat 2.7kg

October 11th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah diketahui telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin pada 1 April 2017 yang lalu. Ia merupakan perkahwinan keempat beliau dan sepanjang dua tahun tempoh perkahwinan, isterinya itu pernah mengalami keguguran selama tiga kali.

Namun, penantian buat pasangan itu kini berakhir apabila isteri kepada penyanyi lagenda negara itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan, semalam.

Diberi nama Nur Azura Yamani

Menerusi laporan Harian Metro, Jamal berkata isterinya selamat melahirkan anak perempuan mereka secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta yang terletak di Shah Alam.

Katanya, terdahulu Zai Izzati telah dimasukkan ke wad bersalin pada Rabu lalu sebelum bayi perempuan bernama Nur Azura Yamani itu selamat dilahirkan pada petang semalam.

Alhamdulillah, ia adalah anugerah terindah daripada Allah SWT kerana sudah lama saya menanti kehadiran cahaya mata perempuan sekali gus melengkapkan rumah tangga.

Isteri dimasukkan ke wad bersalin semalam (Rabu) dan pada jam 5.35 petang tadi (semalam), pembedahan selamat dijalankan.

Berat 2.7kg

Menurut Jamal, anaknya dilahirkan dalam keadaan yang sihat dan mempunyai wajah yang seiras dengan dirinya. Buat masa ini katanya, isterinya akan ditahan di wad untuk beberapa hari sebelum menjalani tempoh berpantang di rumah mereka yang terletak di Shah Alam.

Saya bersyukur isteri selamat melahirkan bayi perempuan kami yang sihat, putih melepak dan seiras wajah saya seberat 2.7 kilogram.

Maklumlah, isteri melahirkan anak secara pembedahan dan doktor mahu memastikan keadaannya okey dulu sebelum pulang ke rumah.

Isteri juga akan menjalani tempoh berpantang di kediaman kami di Shah Alam selepas keluar dari wad nanti.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×