berita

Jambatan Angkat Terengganu Mula Operasi 2 Jun Ini, Balik Raya Nanti Bolehlah Singgah!

May 21st, 2019 | by faris
Kini Trending

Viral di laman sosial apabila menjadi tumpuan orang ramai berbuka puasa berlatarbelakangkan mercu tanda baru Terengganu, jambatan angkat itu akan dibuka bermula 2 Jun depan. Bagaimanapun pembukaan itu merupakan hanya tempoh percubaan selama 13 hari.

Dijangka selesaikan masalah trafik

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jambatan berkenaan dijangka siap sepenuhnya akhir Mei ini sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri. Masalah kesesakan lalulintas ketika musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi dijangkakan selesai dengan pembukaan jambatan itu.

Jika sebelum ini pengguna hanya boleh menggunakan Jambatan Sultan Mahmud atau jalan alternatif di Durian Burung, Manir, jambatan ini satu lagi pilihan yang akan mengurangkan kesesakan terutama pada musim perayaan dan cuti panjang.

Penghubung muara selatan dan muara utara

Jambatan dengan ukuran 638 meter dan berketinggian 12.5 meter dari aras laut itu menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir. Binaan ikonik itu adalah komponen dalam pembangunan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC).

Jadi tarikan pelancong

Proses pembinaannya bermula pada Ogos 2014, jambatan angkat terpanjang di dunia ini disokong dua menara setinggi 15 tingkat di bahagian kiri dan kanan. Jambatan ini boleh diangkat di bahagian tengah untuk laluan kapal dan dijangka menjadi satu lagi tarikan pelancongan dari dalam dan luar negara.

Sumber: Berita Harian, Kosmo!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×