berita

‘Jangan Acah-Acah Bintang’ – Fezrul Khan Tuju Dekat Siapa Tu?

December 7th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pelakon, Fezrul Khan berkongsikan pendapat dan prinsipnya tentang kerjaya lakonan dan sebagai seorang anak seni.

Artikel Berkaitan: Fezrul Khan Bela Enam Ekor Anjing Untuk Jaga Kebun, Jangan Suka Hati Tuding Jari Orang Masuk Neraka

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Bela Anjing K9 Di Media Sosial, Fezrul Khan Terkilan Ada Individu Tergamak Cuba Bunuh Haiwan Peliharaannya

Rasa hormat

Memetik laporan Harian Metro, Fezrul, 40, memegang erat prinsip iaitu seseorang individu perlu sentiasa mempunyai rasa hormat terhadap orang lain, terutamanya kepada mereka yang lebih berpengalaman. Menurutnya, semua orang boleh berlakon, tetapi tidak semua dapat menjiwai watak.

Kita kena sentiasa hormat kepada orang yang lebih berpengalaman. Kalau tak tahu, tanya. Contohnya cara untuk menjayakan sesuatu babak. Kena tanya senior, bagaimana untuk buat latihan dan sebagainya.

Pelakon drama Aku Seorang Perempuan ini memberitahu, dalam pemerhatianya, ada beberapa pelakon yang mula menunjukkan sikap mendabik dada. Dalam masa yang sama, dia menegaskan bahawa dunia lakonan merupakan satu kerjaya berpasukan dan mustahil untuk dilakukan secara bersendirian.

Kadang-kadang, ada artis baharu yang muncul dengan sikap ‘bintang’. Baru lima tahun berlakon, dah rasa diri itu umpama bintang. Bila pengikut ramai di media sosial, dia dah rasa namanya cukup besar. Kita berlakon sebagai satu pasukan. Kita tak boleh berlakon seorang diri sebab penceritaan itu takkan menjadi.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×