berita

‘Jangan Ada Sifat Cemburu, Dendam Dengan Musuh’ – Ustaz Ebit Lew

May 1st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Sepanjang bulan Ramadan, ramai selebriti mengambil peluang untuk mengadakan live di platform Instagram bersama individu yang pakar dalam bidang agama. Tindakan demikian secara tidak langsung dapat berkongsi ilmu dan menggalakkan orang ramai mengerjakan kebaikan.

Live Instagram antara pelakon Zizan Razak dan penceramah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew mendapat lebih kurang 257ribu penonton. Antara topik menarik dalam live tersebut adalah berkenaan sedekah pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjadi isu semasa.

Sedekah ada dua jenis

Menerusi live berdurasi 1 jam itu, Zizan Razak sempat bertanyakan mengenai cara membantu orang kurang bernasib baik dengan bersedekah kepada Ustaz Ebit Lew. Bagaimanapun, penceramah bebas itu berpendapat seseorang individu yang dikenali dan mempunyai pengikut ramai di media sosial perlu perlu melakukan sedekah secara terang-terangan supaya menjadi contoh kepada orang lain.

Sedekah ada dua jenis, terang dan sembunyi. Dalam hadis nabi ada sebut, kedua-duanya baik. Ada waktunya buat kita bersedekah secara terang dan ada waktu secara sembunyi. Kedua-duanya baik. Dalam Al-Quran ada menyebut mengenainya.

Dalam hadis Nabi sendiri ada menyebut “Barang siapa mulakan kebaikan dan orang lain mengikutnya akan dapat pahala”. Apabila kita mula berikan sedekah, insyaallah Allah tambahkan. Allah janji siapa sedekah Allah tambah.

Lama-lama akan wujud keikhlasan

Selain itu, Ustaz Ebit Lew turut menasihati umum untuk teruskan berbuat kebaikan dan jadikan contoh kepada masyarakat. Dia turut menasihati usah punyai perasaan cemburu atau dendam dengan musuh kerana setiap manusia ada kebaikan yang tidak dapat kita lihat.

Jangan ada sifat cemburu, dendam dengan musuh. Seburuk-buruk orang ada kebaikan dia. Bila kita maafkan orang hati tenang. Buat kebaikan mungkin awal-awal ada perasaan riak tapi lama-lama akan wujud keikhlasan. Yang penting sentiasa buat amal jariah, sedekah, mudahkan urusan orang lain dan sebarkan dakwah secara berterusan. Allah sayang kita semua.

Sebelum menamatkan live tersebut, Zizan mengucapkan terima kasih dan meluahkan penghargaan kepada Ustaz Ebit Lew dan petugas barisan hadapan (frontliner) yang bertungkus lumus sepanjang menghadapi wabak penyakit ini.

Saya mewakili rakyat Malaysia berterima kasih kepada ustaz kerana membuatkan orang berjuang. Semua orang sudah panggil ustaz hero. Ustaz antara front liner. Saya doakan ustaz sihat sentiasa.

Doa Ustaz Ebit Lew

https://www.instagram.com/p/B_nH1gHl9B7/

Di akhir video tersebut, Ustaz Ebit Lew membacakan doa kesejahteraan buat ibu bapa, isteri dan anak-anak. Begitu juga doa yang dititipkan buat setiap orang miskin dan anak yatim agar dipermudahkan urusan harian mereka serta diampunkan dosa.

Video ini telah undang sayu dan menyentuh hati dengan doa yang dibaca sehinggakan Zizan turut mengalirkan air mata.

Sumber: Zizan Razak, Ebit Lew

SKIP THIS AD ×