berita

‘Jangan Bagi Alasan’ – Lagi Kes Pensyarah ‘Sombong’, Berkeras Minta Pelajar Hantar Tugasan Walaupun Banjir

January 10th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, tular beberapa tangkap layar perbualan pelajar bersama pensyarahnya dalam Whatsapp group. Menerusi mesej tersebut, pelajar itu meminta supaya pensyarahnya ‘bertolak ansur’ berikutan masalah banjir yang dihadapinya. Namun, jawapan pensyarah itu, membangkitkan amarah dalam kalangan warganet.

Artikel Berkaitan: Minta Kelonggaran Jawab Ujian Sebab Rumah Banjir, Jawapan Pensyarah Ini Buat Pelajar Kecewa

Terbaru, pelajar lain dikenali sebagai Nanida, tampil menceritakan masalah yang sama dihadapinya menerusi satu thread di laman Twitter.

Tiada alasan

Menerusi mesej tersebut, pelajar itu meminta supaya assingment yang diberikan dipanjangkan tempoh untuk dihantar. Hal ini berikutan masalah yang dihadapinya. Tambahan pula, pelajar itu memberi alasan, faktor banjir dan ketiadaan elektrik menjadi punca dia berbuat demikian. Namun, pensyarah itu seakan-akan tidak menerima alasan yang diberikan.

Kita mesti selesaikan masalah kita dengan profesional. Ini bermaksud, elakkan segala semua alasan.

Memang selfish!

Jelasnya lagi, pensyarah itu juga dipercayai tidak boleh bertolak ansur dengan pelajarnya. Pada masa yang sama, dia meluahkan rasa ‘hampa’ kerana pensyarahnya tidak faham dengan masalah yang dihadapi oleh mereka yang menjadi mangsa banjir.

Jawapan ‘pedas’ diberikan

Tidak berakhir di situ, pelajar-pelajar yang lain cuba untuk back up pelajar mangsa banjir itu namun, segala penjelasan mereka menjadi sia-sia. Pensyarah itu tetap dengan pendiriannya dengan mengatakan seseorang pelajar itu tidak sepatutnya memberikan alasan untuk berjaya.

Malahan, pensyarah itu juga sempat memberikan pesanan supaya pelajarnya ‘menyesuaikan diri’ berikutan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Masalah line perlu diselesaikan

Menerusi thread yang sama, pelajar lain turut tampil berkongsi mesej-mesej yang dihantar oleh pensyarah tersebut. Jelas pensyarah itu, masalah mengenai capaian internet yang tidak kukuh tidak sepatutnya dijadikan alasan.

Tambahnya lagi, itu merupakan tanggungjawab pelajar untuk mencari capaian internet yang kuat bagi melancarkan proses pembelajaran mereka secara Open Distance Learning (ODL).

Sumber: Nanida

SKIP THIS AD ×