berita

Jangan Bawa Covid Dekat Kedah Na’ – Jeti Ke Pulau Langkawi ‘Banjir’, Netizen Luah Rasa Bimbang

December 18th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sejak sidang media mengenai tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah ditamatkan di kebanyakan negeri, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia dipercayai mengambil peluang tersebut untuk pulang ke kampung dan bercuti bersama keluarga. Mana taknya, setiap hujung tahun merupakan masa yang sesuai untuk berkumpul bersama keluarga memandangkan ramai yang cuti.

Artikel berkaitan: PKPB Di Selangor Dilanjutkan Hingga 20 Disember, Rentas Daerah & Negeri Dibenarkan

Menerusi pemerhatian Penang Kini, mereka mendapati ramai individu memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi untuk bercuti. Susulan daripada itu juga, sebahagian daripada netizen telah meluahkan perasaan risau sebaik sahaja melihat suasana di Jeti Kuala Perlis dan Jeti Kuah yang dibanjiri oleh manusia.

Sila berhati-hati

Hangpa Orang Penang ada plan nak pi Langkawi ka minggu ni. Gambar menunjukkan suasana meriah penuh dengan orang ramai di Jeti Kuala Perlis dan Jeti Kuah. Nampaknya hujung tahun bakal melabuh tirainya orang awam tidak melepaskan peluang untuk membawa keluarga tersayang untuk bercuti.Ramai nampaknya la orang pi Langkawi.

Pastikan SOP dipatuhi dan jaga jarak semoga Langkawi dan Negara terutamanya Negeri Pulau Pinang terus bebas daripada COVID-19. Penduduk Pulau Pinang sila berhati hati walaupun dimana anda berada ketika bercuti bersama keluarga di Pulau Langkawi.

Menurut laporan Penang Kini, ramai individu telah membanjiri Jeti Kuala Perlis dan Jeti Kuah untuk pergi ke Pulau Langkawi. Oleh sebab itu, media tersebut memberi pesanan agar semua individu patuh akan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Berani betul

Di ruangan komen, sebahagian daripada netizen meluahkan perasaan risau sebaik sahaja mengetahui situasi semasa di kedua-dua jeti tersebut. Menurut netizen, masih ada segelintir individu yang mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan kesihatan orang lain ketika pandemik ini masih berlaku.

Sumber: Penang Kini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×