Rasanya semua pun dah tahu bahawa bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan selamat menimang cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup bersama Zarema Zainal.
Artikel Berkaitan: Hidup Aidil Zafuan Lengkap Dengan Kelahiran Anak Baru
Namun, ada pula yang tak senang dengan khabar ini hingga tercetusnya perbalahan antara peminat. Semuanya gara-gara kapsyen Aidil yang menulis ‘pelengkap hidup dan pengubat rindu daddy’ pada foto anaknya.
Yang tak bestnya, ada pula tukang menyampai berita ini di Instagram milik Rita Rudaini. Katanya ia sekadar melahirkan rasa simpati dengan nasib Ryan dan Arjuna.
Rita Minta Jangan Ganggu Emosi Anak-Anak
Dek kerana ramai yang menyampai dan menunjukkan simpati terhadap Rita dan anak-anaknya, Rita tampil membalas komen tersebut.
Kata Rita, jika benar mereka bersimpati dengan anak-anaknya, tidak perlulah hinga menyampaikan berita tersebut di IG.
Anak-Anak Dah Cukup Bahagia
Kata Rita lagi, anak-anaknya kini sudah cukup bahagia dengan kehidupan kanak-kanak mereka disisi Rita. Betul juga tu, kami lihat Adik Mok (Arjuna) dan Ryan bukan main seronok tinggal dengan mummy mereka.
Mungkin korang pun dah boleh move on. Jangan ditambah lagi luka dihati Rita dan anak-anaknya. Kita pun tak tahu apa yang mereka lalui. Betul tak?
Bagi Mek, tak kisahlah nak ada berapa anak sekalipun, tanggungjawab sebagai ibu bapa harus diberi sama rata.