berita

Jangan Gelar Diri Korang Gamer Sejati Kalau Tak Follow 6 Gamer Hebat Dari Malaysia Ini

March 23rd, 2019 | by Epul
Kini Trending

Game dengan anak muda masa kini memang tak boleh dipisahkan. Bagi mereka, ia satu kepuasan bila berjaya mencapai satu tahap tertentu dan mengalahkan pihak lawan. Malah, ada juga yang berpendapat ia mampu mengeratkan hubungan bila satu pasukan bermain bersama.

Walau apa pun alasannya, yang pasti bila dah bergelar gamer, mesti korang familiar bila admin sebut nama PewDiePie dan Markiplier kan? Kepetahan masing-masing dalam menghasilkan video dan mengulas setiap permainan di media sosial tidak dapat disangkal lagi…

Sekarang, korang lupakan sekejap dua gamer dari luar negara tu dan follow nama-nama gamer yang berasal dari Malaysia yang admin list kat bawah ni. Kalau nak jadi gamer sejati, kenalah kenal-kenal siapa diorang ni semua, bukan calang-calang orangnya tau!

1. Nerd Gaming Malaysia

Gambar dari gamermatters.com

Bila ada 16 orang dalam dunia ni mempunyai minat yang sama, maka terbentuklah satu kumpulan gamer yang digelar Nerd Gaming Malaysia. Mereka gemar mengisi masa dengan bermain game, menghibur dan menghasilkan video untuk channel Youtube mereka setiap hari Sabtu dan Ahad.

Nak tau siapa antara 16 ahli kumpulan Nerd Gaming Malaysia?

Gambar dari gamermatters.com

Nerd Gaming Malaysia bermula sekitar tahun 2012, apabila PandaMerah bersama adik lelaki, DhyDhy dan rakan kelasnya menghasilkan video bermain game Minecraft dan seterusnya memuatnaik video itu di channel YouTube masing-masing.

Ia kemudian meraih tontonan yang tinggi dan mendapat perhatian ramai gamer di luar sana. Ramai yang berminat untuk menyertai kumpulan itu dan sejak itu, mereka mula merekrut ahli baru yang mana kebanyakannya gamer dari YouTube.

Nerd Gaming Malaysia mempunyai pengikut sebanyak 9,482 di Facebook dan 82,753 di YouTube setakat artikel ini ditulis. Silakan follow akaun YouTube, Modded Minecraft Series, Facebook, Fundeavour, Instagram, Twitter dan Soundcloud mereka.

2. Mohammad Al Hatta (Artha)

Artha

Kalau korang ‘hantu’ game Mobile Legends, mesti korang pernah dengar nama Mohammad Al Hatta atau Artha. Kehebatan dan pengalamannya selama hampir 2 tahun dalam bermain Mobile Legends tidak dapat disangkal lagi apabila dia pernah menjuarai beberapa perlawanan antaranya:-

  1. Juara dalam Mobile Legends College Championship (MLCC)
  2. Tempat kedua dalam Star Supa Comic
  3. Tempat ketiga dalam MEC Showdown

Artha (dua dari kanan)

Hebat kan? Malah, baru-baru ni Artha secara rasmi telah menyertai pasukan XPAX X-Assins yang ditubuhkan oleh Celcom XPAX. Dia bersama 5 lagi pemain Mobile Legends hebat Malaysia yang lain akan bersama-sama berentap dalam Mobile Legends Professional League (MPL).

Artha (kanan) bersama 5 lagi ahli pasukan XPAX X-Assins/Gambar dari TechNave

Matlamat Artha untuk menyertai XPAX X-Assins adalah untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Katanya, dia takkan pernah menyerah kalah dalam apa yang dilakukan. Walaupun ada kalanya cabaran begitu sukar, kepayahan itu akan menentukan sama ada korang berjaya mencapai impian dan mengalahkan pihak lawan. Besar cita-cita Artha!

Kalau nak tau lebih lanjut pasal pemain-pemain hebat XPAX X-Assins ni, korang boleh check out Facebook diorang!

3. Mat Aiman

Bagi sesiapa yang mengikuti Mat Aiman atau Aiman Salim, beliau adalah pengguna tegar media sosial yang gemar memuatnaik video sponton dan kelakar. Bermula di Facebook, Twitter dan Instagram kira-kira 8 tahun lalu, kini Mat Salim mempunyai akaun YouTube yang menyediakan pelbagai lagi variasi video mengikut kreativitinya.

Bergerak seiring trend, Mat Aiman juga banyak menghasilkan dan memuatnaik video beliau bermain game di akaun YouTube miliknya. Reaksi sponton dan kelakar yang mencuit hati penonton membuatkan ramai yang terhibur dengan telatahnya ketika bermain game, korang tengok jelah komen-komen netizen kat bawah ni…

Korang boleh follow laman sosial Mat Aiman di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

4. Oohami

Korang rasa berapa umur lelaki dalam gambar kat atas ni? Untuk pengetahuan, inilah dia gamer Oohami atau nama sebenarnya, Syahmi Hafiy yang berusia 20 tahun! Mudanya? Ya, betul, umur dia 20 tahun berdasarkan bio di Instagram miliknya yang mempunyai pengikut sebanyak 57.3k.

Menggunakan tagline ‘Stay Fabulouss’, Oohami mula aktif di YouTube sekitar tahun 2013. Sejak itu, dia banyak memuatnaik video beliau bermain game seperti hantu, Siri Playthrough, Adventure dan banyak lagi. Kini, beliau mempunyai pengikut sehingga 183,392 di YouTube!

Lebih membanggakan, Oohami bukan saja aktif bermain game dan berkongsi pengalaman di media sosial, dia juga menjual pelbagai produk di laman web e-dagang miliknya. Antara yang dijual, Smart TV, aksesori komputer, skuter elektrik dan banyak lagi. Pandai anak muda ni jana pendapatan sampingan di awal usia kan?

5. Janda Hunter

Sounds so wrong kan nama dia? Tapi itulah dia gamer yang pada asalnya seorang pengulas sukan, wartawan dan pengacara TV. Pemilik nama gamer Janda Hunter atau J Hunter ini bernama Azrul Anwar, anak kelahiran Chico, California, Amerika Syarikat dan mendapat pendidikan di ASWARA.

Azrul Anwar

Mempunyai 103k pengikut di Facebook, Janda Hunter banyak mengadakan live stream sambil bermain game, memberi komentar terhadap perlawanan, video gamereview dan banyak lagi. Antara game yang biasa dimainkan adalah Resident Evil, PUBG, Left4Dead dan banyak lagi.

Pemenang Janda Cup Tekken 7 Tournament yang diadakan sekitar tahun 2017

Bukan itu saja, Janda Hunter juga pernah mengadakan perlawanan Janda Cup Tekken 7 Tournament di Malaysia yang mengumpulkan 44 pemain termasuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak dari Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Brunei serta Filipina. Hebat juga kan Janda Hunter ni?

6. Era Of The Geeks (ETG)

Farhan Johari

Bagi sesiapa yang mengenali Era Of The Geeks, ia dikendalikan oleh seorang jejaka bernama Farhan Johari yang merupakan seorang pramugara syarikat penerbangan. Siapa sangka laman Facebook ETG yang mula ditubuhkan pada 2014 mempunyai pengikut sebanyak 147k followers hanya dengan memuatnaik video dia bermain game.

Kini, ETG melebarkan minatnya ke laman YouTube dan menghasilkan lebih banyak jenis video antaranya review produk teknologi, soal jawab, jalan-jalan dan banyak lagi. Mempunyai pengikut sebanyak 19,651, ia cukup kuat bagi ETG menarik pengiklan di luar sana untuk menampilkan produk mereka dan melabur bersama ETG.

Tidak hairanlah dia pernah membuat kenyataan di YouTube bahawa sedikit sebanyak dia boleh menjana pendapatan dari sana. Tak percaya? Dengar apa yang Farhan share kat bawah ni…

Korang juga boleh jadi gamer sejati dengan mengikuti program hebat anjuran MyGameOn dan Celcom ni…

Sekitar pelancaran XPAXKEK 2019 di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dalam dunia game, tak semestinya korang kena jadi profesional gamer. Korang boleh jadi content creator yang buat video ulasan pasal gamereview dan sebagainya. Haaa, kalau korang nak tau, satu inisiatif baru diwujudkan bagi menyokong industri e-sukan iaitu XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) 2019.

XPAX KEK adalah perlawanan anjuran MyGameOn dengan kerjasama Celcom Axiata Berhad dan rakan e-sukan, Kitamen. Ia menampilkan pasukan e-sukan institusi pengajian tinggi terbaik di seluruh negara yang bertanding bagi merebut hadiah tunai terkumpul berjumlah RM180,000! Banyaknya!

Untuk pengetahuan korang, XPAX KEK akan diadakan di 5 zon berbeza di seluruh negara. Peserta akan bertanding dalam 3 kategori permainan berbeza iaitu Mobile Legends Bang Bang, Pro Evolution Soccer 2019 dan DOTA 2.

Mereka akan bermula dengan pusingan kelayakan atas talian yang diadakan pada bulan Februari lalu bagi merebut tempat ke pusingan Top 16. Kesemua pasukan yang layak bagi setiap permainan di setiap zon akan bertanding dalam pusingan zon final pada bulan Mac.

Bukan wang tunai saja, institusi pengajian tinggi juga bakal menerima biasiswa tajaan XPAX

Pemenang setiap zon pula akan ke peringkat grand final bagi merebut gelaran juara dan hadiah wang tunai utama yang akan berlangsung pada akhir April di Kuala Lumpur. Lagi best, institusi pengajian tinggi yang menang paling banyak akan menerima biasiswa bernilai RM 50,000 tajaan jenama terkemuka Celcom, XPAX!

Untuk pengetahuan korang, tajaan biasiswa itu adalah salah satu inisiatif Celcom dalam memperkasa e-sukan. Untuk mengikuti perkembangan XPAX KEK dan mengetahui maklumat lanjut mengenai XPAX KEK, layari laman web XPAX KEK.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×